Mahathir tidak akan tinggalkan DAP. Itulah kenyataan yang sebenarnya. Bagi mereka yang memahami sejarah politik Mahathir, mereka akan tahu bahawa tiada sebab untuk Mahathir meninggalkan DAP dan bersama kembali dengan UMNO mahupun PAS. Berhentilah bermimpi.
Perkara ini bukan lah menghairankan pun sekiranya kalian melihat sejarah politik Mahathir. Kenapa dan mengapa Mahathir sanggup bersekongkol dengan DAP dan meninggalkan UMNO. Mustahil hanya kerana tidak berpuas hati dengan Najib Razak sahaja.
Dan dengan persekongkolan itu lahirnya PPBM. Parti yang di bina untuk memecahkan undi orang Melayu supaya kelak bila di adakan pilihanraya, kebarangkalian untuk UMNO atau PAS menang adalah rendah. Dan itulah yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke 14.
Taikun-Taikun Kaya.
Bukanlah sesuatu yang rahsia lagi bahawa aktiviti-aktiviti dan kempen politik Mahathir di biayai oleh taikun-taikun kaya di belakangnya. Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri ke-4, Mahathir membina pengaruh dan kekuasaan melalui pembiayaan dari kroni-kroni dan taikun-taikun kaya ini. Merekalah yang membiayai segala aktiviti politik Mahathir sejak sekian lama. Labanya adalah tender dan projek-projek akan di berikan kepada mereka.
Apabila taikun-taikun kaya ini menghadapi masalah ketika era Najib Razak, mereka telah menukar haluan membiayai Pakatan Harapan untuk menentang kerajaan yang di pimpin oleh Najib Razak.
Mereka telah menggunakan dan membayar media-media, menggunakan dan membayar DOJ, Sarawak Report, MalaysiaKini dan sebagainya termasuk membuat pelaburan yang tinggi di dalam media sosial.
Ketika rakyat sibuk bergasak di antara mereka untuk mempertahankan siapa yang paling betul dan paling benar, taikun-taikun kaya ini terus melabur dan mengeluarkan wang yang tidak sedikit untuk kempen menjatuhkan Najib Razak.
Buktinya, sebaik sahaja Mahathir di lantik sebagai Perdana Menteri, antara perkara terawal yang dilakukan oleh beliau adalah membuat kenyataan bahawa kerajaan akan memulangkan semula duit cukai yang di kutip dari ‘rakan-rakan’ beliau.
Mungkin ada yang terlepas pandang, tetapi itulah yang telah di lakukan oleh Mahathir sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri sebaik sahaja Pakatan Harapan menjadi kerajaan.
Sudah lupa bagaimana ‘rakan-rakan’ Mahathir mendapat pelbagai projek sepanjang 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan? Projek di Langkawi bernilai berbillion, projek HSR, projek ECRL, dan banyak lagi projek-projek lain sama ada di berikan kepada ‘rakan-rakan’ Mahathir mahupun kepada kroni-kroni DAP dan PKR.
‘Mahathir Silap Percaturan’
Pada awalnya, ketika mengumumkan perletakan jawatan beliau dan membawa PPBM keluar dari Pakatan Harapan, Mahathir sememangnya telah membawa bersama DAP untuk untuk bersepakat dengan Muafakat Nasional.
Mungkin pada sangkaan beliau, pemimpin-pemimpin Muafakat Nasional akan menerima kehadiran DAP tanpa bantahan asalkan dapat membentuk kerajaan.
Namun malang bagi Mahathir, sebaik sahaja mengetahui bahawa DAP turut bersama dalam gabungan baru yang di bawa oleh Mahathir, Muafakat Nasional telah menarik kembali sokongan mereka terhadap Mahathir. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan sekali-kali berkerjasama dengan DAP.
Aku telah membentangkan kronologi peristiwa dari mula sampai titah Yang Di Pertuan Agong mengumumkan Perdana Menteri adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel ini.
Hal ini menyebabkan segala perancangan Mahathir telah gagal total. Maka Mahathir terpaksa melakukan pilihan lain ketika menjadi Perdana Menteri Interim iaitu dengan mengatakan bahawa beliau mahukan ‘Unity Government’ yang mana beliau mempunyai kuasa untuk memilih sesiapa sahaja menjadi menteri kabinet tanpa mengira apa-apa parti politik.
Tidak Akan Tinggalkan DAP.
Kemelut yang berterusan ini telah menyebabkan sokongan terhadap Mahathir hilang. PPBM pula mengadakan mesyuarat tergempar untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, dan ini di sokong oleh blok Azmin Ali yang telah keluar dan di pecat daripada PKR.
Pencalonan Muhyiddin ini telah menyebabkan Mahathir marah dan merajuk. Maka beliau pun meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PPBM hari itu juga. Seperti yang di sebutkan oleh Najib Razak dalam luahan di Facebook beliau, Mahathir apabila dia marah atau merajuk, dia akan letak jawatan. Sama seperti yang berlaku ketika dia menjadi Presiden UMNO pada 2002 dan juga selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Februari 2020.
Namun pada aku, Mahathir tidak akan sesekali tinggalkan DAP. Tidak untuk dalam masa terdekat ini. Walaupun dia dan rakan-rakannya akan mengalami kerugian yang tidak sedikit, tetapi untuk meninggalkan DAP dan bersama dengan kaum muslimin, Mahathir tidak akan sekali-kali melakukannya.
Tak percaya? Tunggu dan lihat.
Salam Perjuangan.
Leave a Reply