Jika kalian fikir Muhyiddin adalah proksi Mahathir, mari baca ini. Perlu kalian baca dengan fikiran. Bukan dengan emosi. Kerana apa yang aku tulis ini adalah hasil pemerhatian aku dari mula sampai akhir krisis ini berlaku.
1. Mahathir memang mahukan coalition (baca : gabungan) baru dengan harapkan sokongan ahli parlimen pembangkang untuk mengelakkan penyerahan kuasa kepada Anwar Ibrahim dan mengelakkan usul tidak percaya di Dewan Rakyat.
2. PAS awal-awal lagi dah bersetuju untuk sokong Mahathir.
Ref : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/609058/pas-tetap-sokong-tun-m-terus-jadi-pm
3. Kemudian Muafakat Nasional setuju untuk sokong Mahathir dengan syarat tiada DAP.
4. Mungkin Mahathir tidak menyebutkan mengenai perlunya ada DAP dalam coalition baru ini nanti. Kita pun tahu Mahathir ini, dia punya rekod lidah bercabang bak kata Rafizi Ramli.
5. Kemudian, Mahathir hadir dalam Majlis Presiden, Anwar dan lain-lain pemimpin desak penyerahan kuasa jawatan PM dan desak Mahathir letak jawatan.
6. Dengan keyakinan bahawa dia memiliki sokongan DAP, PPBM, Muafakat Nasional dan Warisan, maka Mahathir pun jadi berani. Dia bawa PPBM keluar PH, Azmin pula bawa pengikutnya keluar PKR. Dan Mahathir announce ‘unity government’ dengan nama ‘Pakatan Nasional’.
7. Dari sinilah Muafakat Nasional dapat tahu dalam coalition baru ini nanti ada DAP. Jadi mereka tolak untuk sokong Mahathir.
8. Maybe frust atau merajuk macam bayi, Mahathir pun terus letak jawatan. Jangan main-main dengan orang tua yang merajuk. Kita takkan tahu apa yang dia akan buat.
9. Agong perkenan perletakan jawatan Mahathir. Namun tetap lantik beliau sebagai PM interim demi melancarkan perjalanan kerajaan.
10. Muafakat Nasional kempen bubar parlimen kerana penarikan sokongan terhadap Mahathir dan tiada pihak yang dapat sokongan majoriti mudah 112 Ahli Parlimen baik itu Anwar, Mahathir ataupun sesiapa sahaja.
11. PPBM tak boleh kembali kepada PH, begitu juga geng Azmin tak boleh kembali kepada PKR kerana telahpun di pecat.
12. Maka tergantunglah kerajaan dan bermulalah kempen lobi melobi serta beli membeli ahli parlimen.
13. Mahathir sebenarnya boleh tinggalkan DAP dan jadi PM dalam coalition baru. Tetapi dia takkan boleh buat begitu. Kenapa?
14. Di sinilah jawapannya yang ramai tak tahu ataupun terlepas pandang. Namun sebenarnya bukanlah rahsia besar pun.
15. Kalian perlu tahu taikun-taikun kaya yang ada di belakang Mahathir. Mustahil untuk mereka menyokong Mahathir dan mengabaikan DAP dan PKR untuk menyokong coalition baru yang di penuhi dengan kaum melayu dan bumiputera terutamanya seperti Vincent Tan, Robert Kuok, Ananda Krishnan dan ramai lagi.
16. Walaupun begitu, PPBM yang telah keluar dari PH tetap mahu teruskan coalition baru dengan Muafakat Nasional dan lain-lain tanpa DAP. Dan ini tidak direstui oleh Mahathir.
17. Kerana hilangnya sokongan dalam PPBM, Mahathir pun letak jawatan Pengerusi PPBM.
Ref : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/02/24/dr-m-letak-jawatan-pengerusi-ppbm/
18. Selepas itu, PPBM yang menjadi parti kingmaker dalam kerajaan sebelum ini mencalonkan Muhyiddin sebagai PM baru. Bermula dengan runtuhnya kerajaan PH di Johor di mana kem Muhyiddin menjadi kingmaker melalui gabungan antara PPBM, dan Muafakat Nasional.
19. Muafakat Nasional pun mengambil langkah selamat menyokong kerana di dalam coalition baru ini tiada DAP. Termasuk sokongan saat akhir Datuk Seri Najib Razak.
20. PH yang tidak mahu hilang kuasa mengangkat semula Mahathir sebagai calon Perdana Menteri walaupun sehari sebelum itu mereka kata mereka sokong Anwar sebagai PM. Kerana mereka tahu bahawa Mahathir tidak akan sokong Anwar sebagai Perdana Menteri dan tanpa sokongan Mahathir, mereka tak akan dapat cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.
21. Kemuncaknya, Muhyiddin berjaya mendapatkan sokongan dari kem Azmin, Muafakat Nasional, PPBM, GPS dan beberapa parti kecil termasuk Ahli Parlimen Bebas. Dan Agong selepas menimbang sokongan yang di terima oleh Muhyiddin, memperkenankan perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Kelapan.
22. Maka dengan ini secara rasminya tamatlah kemelut pemilihan PM yang baru.
23. Jika kalian fikir calon Muafakat Nasional lebih baik untuk dicalonkan. Sebenarnya kalian salah. Dalam politik, kebarangkalian adalah penuh. Jika Muafakat Nasional letakkan calon, maka sudah PH bakal menjadi kerajaan semula. Namun dengan menyokong Muhyiddin, Muafakat Nasional sebenarnya telah berjaya mengurangkan majoriti untuk PH mendapatkan kembali kerajaan.
24. Jika kalian fikir Muhyiddin sebenarnya adalah proksi Mahathir, fikirkan semula. Politik adalah cara bagaimana kita bermain dengan propaganda, spekulasi, dan nombor-angka. Pemimpin politik juga manusia. Mereka tidak terikat dengan segala apa yang kalian fikirkan itu.
25. Yang paling penting, dalam kerajaan baru ini tiada lagi DAP mahupun Menteri-Menteri bodoh dan kelakar. Itu yang paling penting.
Jadi sudah tahu kenapa Muhyiddin boleh jadi Perdana Menteri? Dah tahu kenapa Muafakat Nasional sokong Muhyiddin? Dah tahu kenapa Mahathir gagal jadi Perdana Menteri semula?
Dan sudah pasti anda tahu kenapa Mahathir kini menggelar Azmin, Muhyiddin dan Anwar sebagai orang yang bersalah dalam kemelut politik ini?
Begitulah ceritera politik dunia atasan. Kalian hanya perlu memahami kronologi peristiwa untuk mengetahuinya dengan jelas.
Salam Perjuangan.
Leave a Reply