Bismillah.
Beberapa faktor kenaikan berat badan yang aku memang tak pernah jangka selepas berkahwin. Betullah orang kata, cara paling senang nak naik berat badan adalah dengan berkahwin. Aku dah alaminya, kalian pula bagaimana? Opps. Yang single tu minta maaflah ya. Baca sajalah untuk pedoman masa depan. Haha.
Okay, di pendek kan cerita, isteri aku seorang yang suka makan. Aku juga suka makan. Tapi kadang-kadang isteri aku ni suka makan tak habis, maka sebagai seorang suami yang baik lah kononnya, aku lah yang jadi tukang habiskan makanan yang tak habis di makan.
Tambahan pula aku suka makan lewat. Kadang-kadang jam 10 – 11 malam baru nak makan.
Di sebabkan itu, makanan-makanan, lauk-pauk, gulai dan nasi yang tak habis di makan akan masuk ke dalam perut aku.
Pulak tu aku jenis yang jarang membuang.
Maka bertambah lah karbohidrat dan lemak di dalam badan aku.
Dari otot yang dulu nampak bentuk kat lengan, dah jadi macam sarang lebah berjuntai.
Dari perut yang dulu kempis leper, dah jadi buncit macam orang mengandung enam bulan.
Nak gambar perubahan aku? Tak payah. Kau bayangkan sendiri je la eh.
Berat Badan Naik Dari 65kg ke 90kg.
Nah.
Akibat makan-makan-dan-makan tu, berat badan aku naik dari enam puluh lima kilogram kepada sembilan puluh kilogram dan mungkin akan naik lagi dan lagi.
Aku dah boleh di cop sebagai obes dah. Maklumlah berat badan tak sesuai dengan tinggi.
Jadi hendak tak hendak aku kena turunkan berat badan aku supaya mendapat berat badan ideal dengan BMI yang sesuai dengan ketinggian aku yang lima kaki enam inci ni.
Semoga cita-cita aku nak menjadi kurus tercapai sebelum umur aku mencecah kepala empat.
Maklumlah bila dah makin tua ni berat badan makin naik makin susah bergerak dan makin senang kena penyakit berangkai.
Tinggi Juga BMI Aku
Tak sangka tinggi juga Body Mass Index aku lepas berat badan naik dengan dahsyatnya. Kenaikan sebanyak dua puluh lima kilogram menjadikan aku seorang obes tanpa di ragukan lagi.
Aku sendiri tak sangka bahawa aku boleh mencapai berat badan yang macam ni.
Ni sekarang aku tengah fikir dan cari jalan macam mana nak turunkan balik berat badan aku supaya nampak lebih sihat dan segar bugar. Ecececeh kemahen~~~
Kalian doakan sajalah aku berjaya ya.
Mana tahu makbul doa kalian, aku boleh nampak lebih gagah perkasa dan bertenaga untuk jadi seperti pendekar berkuda yang dulu. Ahaks.
Penutup.
Aku nak ajak kalian layari laman web ini untuk belajar tentang kulinari.
Boleh juga bermain games santai-santai.
Boleh juga check body fat.
Boleh juga check pembakaran kalori
Boleh juga check jumlah berat badan yang dah kurang.
Pokoknya semua bolehlah. Tinggal pilih saja apa yang kalian nak buat.
Aku dah cek semua yang aku cadangkan kat atas tu. Memang berbaloi untuk di cuba. Lagipun tak perlu keluarkan duit pun. Setakat belajar apa patut yang boleh membantu kalian menghadapi hari-hari depan.
Penutup Dua.
Ah sudah. Ada lah pula penutup dua.
Layan kan sajalah. Bukan selalu aku menulis dalam blog dah sekarang.
Untung dah terlajak rajin menulis sekarang makanya elok untuk kalian baca saja aku merepek.
Sebenarnya ada banyak perkara yang nak aku ceritakan di dalam blog. Tapi itulah, selalu saja mood menulis tu on-off, on-off saja gitu.
Akhirnya satu apa pun tak tertulis.
Semua planning pun tak jalan. Blog pun bersawang entah dah berapa lama tak kemaskini pun tak tahu.
Kalau aku di jemput Ilahi, entah blog ini masih ada pembaca atau tidak. Semua yang pernah aku tulis, aku tak tahu nak simpan atau padam.
Kata seorang sahabat, tulislah kisah kau. Bukukan. Supaya orang boleh baca. Supaya orang boleh tahu. Supaya orang boleh nak ambil iktibar dan ilmu.
Tapi itulah.
Aku satu apa pun tak tahu apa manfaat aku boleh bagi kepada khalayak.
Hanya sekadar melempiaskan nafsu amarah, benci, meluat, sakit hati, dan segala macam rasa yang membawa konotasi negatif kepada ramai.
Berbalik Kepada Topik.
Benarlah kata orang juga bahawa perkahwinan merupakan lubuk rezeki.
Buktinya, aku dari sekeping papan sekarang dah jadi seekor badak.
Ajaib dan magis.
Jadi jangan lupa untuk berkahwin jika kalian masih bujang, teruna, dara dan gadis.
Apatah lagi janda dan duda.
Haha.
Leave a Reply