Catur merupakan permainan yang memerlukan kita menguji daya fikir dan membina strategi untuk menewaskan musuh. Dalam permainan ini, kadang-kala kita perlu korbankan buah yang paling berharga untuk bertahan lama ataupun untuk menang.
Seringkali orang mengumpamakan permainan catur sebagai strategi perang ataupun politik. Semakin bijak seseorang bermain catur, semakin hebat dia dalam mengaplikasikan strategi menghadapi masalah dan situasi.
Dari aspeks kesihatan pula. Ramai pakar berkata bahawa bermain catur mampu mencegah penyakit Alzheimer.
Permainan catur mengajak kita untuk berfikir terlebih dahulu sebelum menggerakkan satu-satu buah catur. Tahu yang mana perlu di gerakkan, yang mana perlu di pertahankan.
Pengalaman Aku Bermain Catur.
Pertama kali aku bermain catur adalah ketika aku masih lagi budak hingusan. Umur aku ketika itu dalam 7 atau 8 tahun. Di ajak oleh anak jiran untuk bermain catur. Penyudahnya kalah terus. Haha.
Arwah abah aku merupakan seorang pemain catur yang hebat. Aku belajar mengenali permainan catur dengan lebih mendalam melalui arwah abah aku. Dia ajar aku main catur bila ada masa terluang. Tapi belum cukup padu lagi untuk mengalahkan beliau. Pernah sekali aku kalahkan arwah abah aku, penyudahnya aku tak pernah menang dah. Memang tak ada ampun.
Kemudian aku ikut kawan sekelas aku main catur kat belakang bilik guru masa sekolah menengah. Pun sama, orang kata, tak pandai main. Cuma tahu gerakkan buah catur tapi strategi out ke laut dalam. Memang aku tak serius pun main catur. Sekadar isi masa lapang waktu rehat. Tapi kawan sekelas aku memang cukup pro siap jadi wakil sekolah lagi.
Mula Bermain Dengan Serius.
Bila dah selalu sangat kalah, aku berazam untuk jadi lebih padu main catur. Aku mula bermain catur dengan serius bila aku dah habis belajar dan mula berkerja. Kedai Makan Karapai di kampung aku tempat aku melepak menghabiskan masa bermain catur melawan pakcik-pakcik tua. Semata-mata nak pandai main catur, aku sanggup bayar orang untuk lawan aku. Berpuluh kali kalah pun pada aku tak apa asalkan aku dapat pengalaman yang berguna dalam permainan catur ini.
Dari keseriusan aku itulah aku mula pandai bermain catur. Selalu memang lawan orang dan kadang-kadang kalah itu biasa especially bila lawan aku itu adalah orang yang memang dah padu dalam permainan catur ini. Bagi yang biasa-biasa, mudah sahaja untuk aku kalahkan mereka.
Dari situlah aku mula serius bermain catur, dah tahu macam mana nak susun dan atur buah dengan benar. Dah tahu macam mana nak rancang serangan dengan benar. Dah tahu macam mana nak pertahankan raja. Dah tahu macam mana nak gerakkan kuda dan lencong (guna bahasa orang kampung merujuk kepada Knight dan Bishop).
Tak sia-sia aku menghabiskan masa belajar bermain catur dengan serius di situ sehingga kena tebalkan telinga di ejek dan di gelak oleh ramai orang sebab waktu mula-mula main memang terlalu noob katakau.
Dah tak melepak kedai, kita sambung pula main catur online.
Bila dah kerja tetap dan duduk jauh dari tempat melepak, aku dah kurang main catur di kedai berkenaan. Jadi apa penyelesaian aku? Aku download app catur dan aku lawan dengan orang di seluruh dunia. Salah satu aplikasi catur yang aku download adalah dari Chess.com yang sampai sekarang masih lagi aku guna untuk main bila ada masa terluang.
Walaupun banyak lagi aplikasi permainan catur yang best-best. Tapi, aku tetap pilih aplikasi ini kerana mudah dan simple untuk dimainkan.
Itu kat Smartphone, bagaimana pula dengan websites?
Antara laman web yang aku selalu buka untuk main catur bila online dengan laptop adalah Master Chess dari Calculator.org. Laman web ini menyajikan banyak permainan yang menarik selain daripada catur. Aku kadang-kadang bosan main catur, jadi aku try game yang lain. Tak lah bosan sangat bila dah ada game lain yang lebih simple macam Checkers, Ular dan Tangga, Minesweepers, dan Reversi.
Permainan kat atas ini memang best sebab simple dan tak membebankan especially bila bosan dan tak tahu nak buat apa. Tambahan pula boleh main juga di telefon pintar memasing. Jadi sesuailah tu untuk orang yang selalu cepat bosan macam aku ni.
Kalian yang nak belajar main catur atau nak main games yang super ringkas, bolehlah layari laman web berkenaan. Di jamin puas hati. Dalam banyak-banyak games yang ada dalam laman web tu, sudah pastilah game catur yang selalu aku main.
Penutup
Jika kalian juga penggemar catur macam aku, jom lah satu kali kita lawan catur untuk uji tahap permainan masing-masing. Siapa kalah belanja yang menang KFC. Haha.
Itu sahajalah untuk artikel kali ini. Aku bosan dan tak tahu nak blog pasal apa. Lama dah tak menulis kat blog ini sampai otak dah jadi biol. Semoga kalian yang membaca entri aku kali ini sentiasa sehat dan bagus-bagus. Aaamiinn.
Jumpa lagi di entri yang lain.
Salam Perjuangan.
Adi Channel says
Memang best main catur, tapi kena pula dengan circle yang tak minat permainan ni jadi tiada siapa yang nak dilawan. Nasiblah ada game catur online.