Bermain games sambil belajar mengurus duit? Pernahkah anda terfikir bagaimana perkara ini boleh dilakukan? Kerana skeptikal orang kita tentang games seringkali di gambarkan sebagai perbuatan sia-sia dan membuang waktu dan masa. Mungkin artikel ini boleh membantu anda.
Salah satu daripada kegemaran saya di masa lapang adalah bermain games selain daripada menulis di blog, membina dan membangun laman web pelanggan dan lain-lain pekerjaan yang biasa saya lakukan.
Antara games kegemaran yang saya habiskan masa lapang sejak lama adalah Mobile Legend dan PUBG Mobile. Selain daripada aplikasi permainan catur – Chess.com.
Semua permainan ini memang menguji minda, kemahiran jari dan kepekaan pancaindera penglihatan dan bunyi. Tak mudah untuk menang dalam permainan ini jika kita tak merancang strategi dengan baik dan berkesan. Dah terbiasa kalah mengajar kita pengalaman untuk menang di lain waktu. Bak kata orang tua-tua – pengalaman mendewasakan.
Kelebihan Bermain Games Untuk Mengisi Masa Lapang.
Antara sebab saya suka bermain games untuk mengisi masa lapang adalah kerana atas beberapa sebab dan faktor. Walaupun mungkin setiap dari kalian ada sebab yang berlainan, namun saya yakin masih ada persamaan di antara kita,
- Menyeronokkan : Permainan online sama ada melalui PC, laptop ataupun telefon pintar boleh menjadi cara yang menyeronokkan untuk mengisi masa lapang dan melupakan tugas harian yang membosankan.
- Cabaran : Permainan online biasanya mempunyai tahap kesukaran yang semakin meningkat, yang membuat para pemain berasa tercabar untuk terus bermain permainan tersebut dan mencapai tahap yang lebih tinggi.
- Penuh Interaktif : Permainan online membolehkan pemain berinteraksi dengan pemain lain dari seluruh dunia, yang dapat meningkatkan pengalaman bermain masing-masing.
- Sosialisasi : Beberapa permainan online membolehkan pemain bermain dengan rakan-rakan atau keluarga, yang boleh menjadi cara yang menyenangkan untuk menghabiskan masa bersama-sama. Ianya sudah pasti mampu untuk mengeratkan ukhwah bersama.
- Banyak pilihan : Terdapat banyak jenis permainan yang tersedia, termasuk permainan kasual, strategi, pertempuran, dan lain-lain. Ini bermakna terdapat permainan yang sesuai untuk minat dan keutamaan yang berbeza. Jadi hanya tinggal pilih sahaja permainan yang saya nak main.
- Mudah untuk di akses : Permainan online boleh dimainkan dari mana-mana dengan hanya memerlukan akses internet dan peranti mudah alih atau komputer. Terdapat juga sesetengah permainan yang tidak langsung memerlukan capaian internet tetapi tetap masih boleh di mainkan.
- Boleh buat duit : Beberapa permainan online membolehkan pemain menjana pendapatan, seperti melalui pertandingan e-sukan atau menjual item dalam permainan. Bukan perkara pelik lagi sekarang semakin ramai selebriti gamers muncul. Mereka bukan sahaja menjana pendapatan melalui permainan dalam talian tetapi juga memiliki pengikut yang tersendiri.
Jika anda juga salah seorang yang suka menghabiskan masa lapang dengan bermain games seperti saya, apa kata anda semak laman web Money Games yang di penuhi dengan pelbagai jenis permainan online. Bukan sahaja anda boleh mengisi masa lapang, tetapi anda juga boleh mempelajari selok belok pengurusan kewangan melalui permainan yang disediakan oleh mereka.
Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames
Laman web Money Games (https://www.mortgagecalculator.org/money-games/) menawarkan pelbagai permainan wang yang direka untuk membantu orang belajar mengenai kewangan peribadi dan pengurusan wang dengan cara yang menyeronokkan dan menarik. Permainan-permainan ini sesuai untuk semua peringkat umur dan boleh dimainkan di komputer atau peranti mudah alih.
Berikut adalah beberapa ciri dan faedah bermain permainan wang di laman web ini:
Percuma dimainkan : Semua permainan wang di laman web ini percuma dimainkan, yang bermakna anda boleh memulakan bermain segera tanpa perlu membayar sebarang yuran atau memuat turun perisian.
Bersifat Pendidikan : Permainan-permainan di laman web ini direka untuk mengajar pemain tentang konsep kewangan peribadi seperti pembangunan bajet, simpanan, pelaburan, dan pengurusan hutang. Mereka adalah cara yang menyeronokkan dan interaktif untuk belajar tentang pengurusan wang.
Pelbagai Pilihan : Laman web menawarkan pelbagai permainan wang, termasuk simulasi, teka-teki, dan kuiz. Ini bermakna terdapat permainan yang sesuai untuk minat dan gaya pembelajaran yang berbeza.
Mudah digunakan : Permainan-permainan ini mudah digunakan dan dinavigasi, dan mereka dilengkapi dengan arahan dan tutorial untuk membantu anda memulakan. Anda tidak memerlukan sebarang kemahiran atau pengetahuan khas untuk bermain permainan.
Menarik : Permainan-permainan di laman web ini direka untuk menjadi menyeronokkan dan menarik, yang bermakna anda boleh menikmati bermain sambil juga belajar tentang konsep kewangan peribadi. Mereka adalah cara yang hebat untuk mengisi masa lapang dan meningkatkan literasi kewangan anda.
Secara keseluruhan, bermain permainan wang di Money Games (https://www.mortgagecalculator.org/money-games/) boleh menjadi cara yang menyeronokkan dan kaedah berkesan untuk belajar tentang kewangan peribadi dan pengurusan wang. Sama ada anda seorang pelajar, ibu bapa, atau hanya seseorang yang ingin meningkatkan literasi kewangan anda, permainan-permainan ini boleh menjadi sumber yang baik.
Antara Permainan Menarik Yang Terdapat di Money Games.
Terdapat pelbagai macam pilihan permainan yang boleh kita pilih untuk bermain di dalam laman web ini. Antara yang menarik minat saya untuk mencuba adalah Real Estate Tycoon yang seakan-akan bercirikan permainan Monopoly dan Jutaria. Memang menarik untuk di cuba. Sesiapa sahaja boleh bermain termasuk anak-anak!
Apa yang menariknya adalah di dalam permainan ini anda hanya perlu melakukan pembelian hartanah pada waktu yang tepat kerana dalam waktu yang sama nilai hartanah akan turun dan naik. Keputusan yang bijak perlu di lakukan supaya anda tidak akan mengalami kerugian ketiga anda mahu menjual kembali hartanah berkenaan.
Selain daripada Real Estate Tycoon, anda juga boleh mencuba permainan-permainan lain yang terdapat di dalam laman web ini. Antara nya adalah :
- Construct the bridge (https://www.mortgagecalculator.org/money-games/construct-a-bridge/) – permainan untuk membina jambatan dengan bahan-bahan yang terbatas dan terhad
- Coffee Shop (https://www.mortgagecalculator.org/money-games/coffee-shop/) – Permainan berasaskan kedai kopi di mana kita di kehendaki memenuhi order pelanggan untuk mendapatkan wang.
- Pizza Baker (https://www.mortgagecalculator.org/money-games/pizza-baker/) – belajar memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan pizza yang bercitarasa sendiri aka customized
- Pizza Cafe (https://www.mortgagecalculator.org/money-games/pizza-cafe/) – belajar mengurus kedai pizza.
- Burger Shop (https://www.mortgagecalculator.org/money-games/burger-shop/) – belajar mengurus kedai burger
Di atas ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada permainan yang terdapat di dalam laman web berkenaan. Masih banyak lagi permainan lain yang saya belum cuba. Tetapi akan cuba juga di lain waktu.
Jadi sekiranya anda ada banyak waktu terluang dan memang dalam keadaan yang penuh bosan, eloklah habiskan masa anda dengan main games di laman web Money Games seperti saya. Haha.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi di lain waktu pada masa yang lain dan selamat maju jaya untuk anda.
“Main games tak apa jangan main perempuan / lelaki.” – PB, 2023
Authoritatif : Kehidupan memang kadang-kala menyulitkan untuk di fahami pada kebenaran yang telah di benam oleh tangan-tangan yang berselirat. Semoga saja apa yang telah berlaku menjadi pedoman dan iktibar kepada manusia melata. Bagai pasir di tepian pantai saat ombak telah datang atau bagai jalan-jalan di hutan saat pembalak telah pulang.
azam says
menarik bunyinya tapi realitinya masih banyak kerja nak dibuat tapi kekangan masa memang mencemburui kita orang dewasa. saya lebih suka layan movie