• HOME
  • HIDUP
  • FIKIR
  • INFORMASI
  • REVIEW
  • RUJUKAN
  • PRIVACY

PendekarBerkuda.Org

SEO Specialist. SEO Company Malaysia. Internet Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . SEO Reviews

Dunia Yang Semakin Maju Membawa Petanda

Bismillahi

Entah dari mana mahu memulakan kata bicara. Sudah begitu lama tidak mengetik papan kekunci (baca : keyboard) untuk meluahkan rasa dan buah fikir yang tak pernah luput.

Sudah belasan tahun usia blog ini. Dari 2010 sehingga kini. Ada pasang surut. Simpang siur kehidupan yang di hadapi seiring dengan bertambahnya angka pada usia.

Bukan mudah untuk tetap kental menulis. Tetapi itulah, blog merupakan salah satu daripada cara aku menjana pendapatan sampingan. Dan alhamdulillah walaupun tak banyak, dapat juga aku kahwin dengan hasil duit berkecimpung dalam dunia blog, affiliate, internet marketing dan sudah pasti SEO yang paling banyak membantu aku.

Dengan ilmu SEO yang aku pelajari dan amalkan, sudah banyak usahawan yang aku bantu. Dan telah ramai orang yang sudah aku create job untuk mereka berdasarkan kemahiran dan pengalaman masing-masing.

Ah, sudah. Stop in-situ

Boleh pula masuk bakul angkat sendiri. Mohon abaikan intro yang merepek di atas. Haha.

Dunia Dah Makin Maju Bang, Kak!

Ya. Zaman sekarang dunia semakin maju ke hadapan. Sesuatu yang tak pernah terfikir wujud pada 13 tahun yang lepas dah wujud di zaman sekarang.

Semua orang dah terbiasa dengan kemajuan teknologi terutamanya internet sampaikan lebih ramai orang berlumba-lumba untuk jadi pempengaruh (baca : influencer) dan pencipta kandungan (baca : content creator) hasil daripada kemajuan pesat dalam bidang komunikasi dan teknologi.

Imbas kembali zaman aku mula berblog, tiada siapa sangka Facebook bakal jadi gergasi dunia media. Belum lagi Twitter (kini X) , Instagram dan terkini Tik Tok.

Malahan Facebook semakin tenggelam dari arus perdana dengan kewujudan media sosial yang lain. Padahal istilah social media itu sendiri wujud kerana Facebook. I kenot brain diz. Kesian.

Lambakan informasi yang tak putus-putus dengan banyak nya tulisan-tulisan adalah tanda daripada tanda-tanda kedekatan kita kepada hari kemusnahan.

Peperangan pula telahpun di mulai. Lebih banyak lagi yang bakal kita hadapi di waktu itu nanti. Cuma cepat atau lambat sahaja. Berdoalah supaya kita tidak bertemu zaman itu.

Kisah Berulang.

Aku pernah tonton video berkaitan kemusnahan tamadun besar manusia di era Nabi Nuh ‘alaihissalam. Fikir punya fikir, mustahil dalam jangka waktu dua ribu tahun manusia masih tidak maju sedangkan dalam jangka waktu 1000 tahun sahaja kemajuan umat manusia pasca banjir besar begitu pesat.

Malah dalam tempoh masa 13 tahun aku berblog, lebih laju lagi. Kemajuan pembangunan tak perlu di bicarakan lagi, kewujudan aplikasi-aplikasi dan peralatan pintar termasuk kecerdikan buatan berlaku begitu pantas.

Makanya, aku ringkaskan, di zaman banjir besar itu, kemajuan manusia telah sampai di puncaknya sehingga mereka menyombongkan diri, merendah-rendahkan dakwah Nabi Allah Nuh ‘alaihissalam.

Mungkinkah peristiwa itu akan berulang? Maksud aku bukan banjir besar tetapi kehancuran tamadun.

Dengan munculnya al-masih dajjal, kehancuran tamadun manusia kali ini bakal membawa kepada tamatnya khalifah Allah di muka bumi dalam bentuk manusia seperti kita sekarang sesuai dengan tanda-tanda kiamat.

Sebelum kita sudah ada khalifah Allah yang lain yang wujud di muka bumi. Adakah kalian tahu siapa? Ada yang bilang Jin, ada yang bilang Iblis ada yang bilang makhluk selainnya. Any comment?

Dunia yang semakin maju membawa petanda

Jagalah iman.

Dunia yang semakin menua ini menuntut iman yang kuat. Kefahaman yang jitu. Ketenangan yang terpaling tenang supaya mampu menghadapi ujian dengan pasrah dan redha.

Semoga aku dan kalian semua mampu memiliki semua itu dan kita di lindungi oleh rahmat Allahu Ta’ala dan di hindari daripada menjadi pengikut al-masih dajjal.

Aamiin allahumma aamiin ya allah.

 

Salam Perjuangan

Pendekar Berkuda

 

 

Artikel dikemaskini pada February 22, 2024

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KENALI PENULIS

Konsultan Digital Marketing. Berpengalaman luas membantu syarikat, usahawan, pemilik produk dan peniaga kecil untuk menguasai muka hadapan Google.com. Di sisi lain merupakan seorang pengendali dan pemilik rangkaian laman web dan blog. Hubungi saya untuk ketahui bagaimana saya bantu letakkan bisnes anda di halaman pertama Google. Klik Sini

Facebook Linkedin Instagram Twitter




BINGKISAN KATA

Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.

November 5, 2024

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju Setapak dan Seri Rampai

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju, Setapak & Seri Rampai. Call 0105326157

June 8, 2024

Dunia yang semakin maju membawa petanda

Dunia Yang Semakin Maju Membawa Petanda

February 22, 2024

Tukang Bina, Renovate dan Baiki Rumah Gombak

Tukang Rumah Gombak – Khidmat Upah Bina, Renovate & Baiki Rumah Pada Harga Berbaloi

September 20, 2023

Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames

March 31, 2023

ULASAN

  • HeloMedik on Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.
  • azam on Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames
  • Adi Channel on Bermain Catur Mampu Merangsang Otak.
  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia
  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia

MEDIUM

This is a blog by me from me for the readers. I blog what I want you to reads. Not otherwise.

KATEGORI BACAAN

  • BISNES
  • FIKIR
  • HIDUP
  • INFORMASI
  • MUSLIM
  • REVIEW
  • RUJUKAN

HOSTING PILIHAN

Malaysia Web Hosting

Copyright © 2025 · PendekarBerkuda.Org · Hak Cipta Terpelihara