• HOME
  • HIDUP
  • FIKIR
  • INFORMASI
  • REVIEW
  • RUJUKAN
  • PRIVACY

PendekarBerkuda.Org

SEO Specialist. SEO Company Malaysia. Internet Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . SEO Reviews

Perbezaan Dalam Persamaan

Bismillaahirrohmanirrohiim,

dalam rigid aksara aku mengetuk papan kekunci
bukan mencari persamaan dalam perbezaan
tapi meluahkan rasa
perbezaan dalam persamaan.

aku memerhati sikap manusia
dalam negara, masyarakat, kaum,
malahan keluarga sendiri.

lihat keliling,
sesuatu yang kita lihat elok itu
tak semestinya elok

ada manusia,
dalam persamaan mereka,
mereka mencari perbezaan.

ada pemimpin,
dalam persamaan mereka,
membeza-bezakan layanan terhadap rakyat dan penyokong.

ada bos,
dalam persamaan staf mereka berkerja dalam pejabat yang sama,
meluah bicara yang berbeza-beza antara pekerjanya.

ada kaum dan bangsa,
dalam persamaan mereka,
mereka mencari-cari perbezaan yang mungkin ada.

ada ibu dan ayah,
dalam persamaan anak-anak sebagai anak mereka,
mewujudkan sendiri jurang layanan yang seharusnya tidak ada.

ada adik beradik,
dalam persamaan mereka,
mereka memberikan layanan yang berbeza-beza di kalangan adik beradik yang lain.

ada saudara mara,
dalam kekerabatan mereka,
mereka mencari-cari perbezaan di antara sesama mereka.

Nah
itulah manusia,
dalam persamaan mereka sebagai manusia,
mencari perbezaan yang mungkin wujud adalah lumrah.

“Halah, kau pun sama.”

benar.
aku juga sama.
dalam persamaan aku dengan manusia,
aku akui perbezaan kadangkala menyesakkan.

ada yang miskin dan kaya.
ada yang bahagia dan derita.
ada yang cacat dan sempurna.
benar segalanya berbeza.

tapi bukan itu yang aku mahu bilang
kau punya beda itu emang sudah nyata.

yang aku mahu bicara luah
apa dalam kebersamaan aku, kita, dan mereka,
kita cari perbezaan yang mungkin ada?

layanan yang tidak saksama,
keadilan yang di bohongi,
hanya kerana mahu merasa,
diri ini lebih mulia, lebih tinggi dari yang lainnya.

padahal di sebalik semua yang telah nyata,
kita semua berkongsi satu hakikat hidup.

seorang hamba.

yang hina lagi melata,
di campak ke dunia.
hanya untuk di uji.
apa baik
apa buruk
yang akan kita bawa kembali.

gah di dunia ini,
tak menjanjikan satu apa.
yang menghitung kira amal sikap,
neraca yang adil lagi saksama.

tiada apa yang perlu kau sombongkan.
tiada apa yang perlu kau angkuhkan.

di setiap hela nafas yang kau sedut hembus,
tersimpan belas ihsan tuhan.

agar kau tahu bersyukur.
dan merendah diri.

seperti mana sikap
seorang hamba illahi.

 

Pendekar Barkuda

Artikel dikemaskini pada February 18, 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KENALI PENULIS

Konsultan Digital Marketing. Berpengalaman luas membantu syarikat, usahawan, pemilik produk dan peniaga kecil untuk menguasai muka hadapan Google.com. Di sisi lain merupakan seorang pengendali dan pemilik rangkaian laman web dan blog. Hubungi saya untuk ketahui bagaimana saya bantu letakkan bisnes anda di halaman pertama Google. Klik Sini

Facebook Linkedin Instagram Twitter




BINGKISAN KATA

Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.

November 5, 2024

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju Setapak dan Seri Rampai

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju, Setapak & Seri Rampai. Call 0105326157

June 8, 2024

Dunia yang semakin maju membawa petanda

Dunia Yang Semakin Maju Membawa Petanda

February 22, 2024

Tukang Bina, Renovate dan Baiki Rumah Gombak

Tukang Rumah Gombak – Khidmat Upah Bina, Renovate & Baiki Rumah Pada Harga Berbaloi

September 20, 2023

Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames

March 31, 2023

ULASAN

  • Pendekar on Cikgu Tuisyen Di Rumah Di Bandar Baru Bangi dan Kajang
  • Fadila on Cikgu Tuisyen Di Rumah Di Bandar Baru Bangi dan Kajang
  • HeloMedik on Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.
  • azam on Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames
  • Adi Channel on Bermain Catur Mampu Merangsang Otak.

MEDIUM

This is a blog by me from me for the readers. I blog what I want you to reads. Not otherwise.

KATEGORI BACAAN

  • BISNES
  • FIKIR
  • HIDUP
  • INFORMASI
  • MUSLIM
  • REVIEW
  • RUJUKAN

HOSTING PILIHAN

Malaysia Web Hosting

Copyright © 2025 · PendekarBerkuda.Org · Hak Cipta Terpelihara