• HOME
  • HIDUP
  • FIKIR
  • INFORMASI
  • REVIEW
  • RUJUKAN
  • PRIVACY

PendekarBerkuda.Org

SEO Specialist. SEO Company Malaysia. Internet Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . SEO Reviews

Manusia Pasti Mati. Tapi Ramai Takut Mati.

Manusia Pasti Mati. Tapi Ramai Takut Mati. Sedangkan kematian adalah cara untuk hidup abadi.

Bukan sesuatu yang rahsia untuk menerima kenyataan bahawa setiap manusia pasti akan mati. Tapi itulah hakikat kehidupan. Mati adalah pasti.

Kerana mati itu pasti, ramai manusia cuba untuk mendustakan kematian dengan pelbagai kaedah untuk memperpanjang nyawa dan hidup.

Dengan itu wujudlah apa yang di namakan sebagai perubatan. Istilah-istilah pun bermacam-macam. Segalanya bercampur aduk.

Namun apa yang paling penting adalah apa yang di namakan sebagai kardiologi atau satu istilah yang di gunakan untuk penyakit jantung.

Tidak kiralah sama ada itu adalah jantung berlubang, tersumbat, atau nama-nama pelik yang mereka bagi atas alasan perubatan. Tetap ianya berkaitan dengan jantung.

Semua itu adalah untuk memperpanjang nyawa manusia. Dan untuk mendustakan kematian.

TAKUT MATI

Ramai manusia yang takut mati. Tidak kiralah dirinya sendiri ataupun ahli keluarganya, ataupun saudara-maranya ataupun rakan-rakannya.

Ketakutan mereka inilah yang telah disebutkan di dalam hadis dengan nama “wahan”. Penyakit cintakan dunia dan takutkan mati. Sedangkan mati adalah kecintaan orang-orang yang beriman. Sebagai tanda bahawa mereka datang dari Allah dan mereka akan kembali kepadaNya.

Kerana takutkan mati, ramai manusia melakukan apa sahaja cara untuk tetap hidup. Walaupun Allah telah menyebutkan bahawa ajal manusia tidak akan lambat walau sedetik, ataupun cepat walaupun sedetik.

Benar.

Tapi Allah juga berfirman bahawa

“Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri yang mengubahnya.”

Ramai lupa itu. Sehinggakan mereka terus terperdaya dengan apa yang di namakan ikhtiar untuk tetap hidup. Hidup selagi boleh hidup.

Kerana itu kita melihat sekarang, semakin ramai manusia yang melebihi umur Rasulullah. Semakin banyak manusia terperdaya dengan penipuan demi penipuan saintifik. Atas alasan perubatan. Ramai manusia menjadikan diri mereka bahan ujikaji perubatan.

PERUBATAN TAK SALAH.

Benar. Tak salah untuk berubat. Tak salah juga untuk ikhtiar berubat. Tetapi harus di ingat. Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir. Kita tak perlu begitu kemaruk untuk tetap hidup. Kerana tetap hidup tidak akan menghalang kita daripada melakukan dosa.

Semakin bertambah usia, tidak bermakna semakin banyak pahala kita perbuat. Sebaliknya mungkin semakin banyak dosa yang bertambah.

Redhalah untuk menerima penyakit dan kematian. Kerana di situ jalan untuk menemui Tuhan Pencipta. Jika benar-benar manusia mahukannya.

DUNIA HANYALAH SEMENTARA, AKHIRAT KEKAL ABADI.

Bukankah telah diberitahu kepada kita bahawa dunia adalah sementara? Dan akhirat itu kekal abadi? Kenapa kita tetap mahukan dunia sedangkan akhirat setia menanti?

Persoalan itu hanya mereka yang mengejar dunia sahaja takkan mampu menjawabnya. Tetapi bagi mereka yang cintakan akhirat yang kekal abadi. Dunia bukanlah apa yang mereka kejar.

Di dunia mungkin kamu boleh jadi manusia paling kaya, paling di sanjung puja, paling berkuasa. Namun di akhirat, belum tentu lagi kamu bisa jadi seperti itu.

INGAT-INGATLAH PADA KEMATIAN.

Cintakanlah kematian. Kerana hanya itu sahaja jalan untuk menuju Tuhan. Takutlah pada kiamat. Berdoalah mudah-mudahan kita bukan manusia yang akan melalui hari kiamat itu.

Aaamiin.. Allahumma Aaamiin Ya Allah.

Artikel dikemaskini pada August 30, 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KENALI PENULIS

Konsultan Digital Marketing. Berpengalaman luas membantu syarikat, usahawan, pemilik produk dan peniaga kecil untuk menguasai muka hadapan Google.com. Di sisi lain merupakan seorang pengendali dan pemilik rangkaian laman web dan blog. Hubungi saya untuk ketahui bagaimana saya bantu letakkan bisnes anda di halaman pertama Google. Klik Sini

Facebook Linkedin Instagram Twitter




BINGKISAN KATA

Kereta Baru Atau Kereta Terpakai. Mana Lebih Bagus?

June 18, 2022

15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia.

15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia

March 3, 2022

Check Status Kewangan Untuk Membeli Rumah & Hartanah

Check Status Kewangan Untuk Membeli Rumah & Hartanah

March 2, 2022

Kenapa Kelopak Mata Asyik Berkedip

Kenapa Kelopak Mata Asyik Berkedip-Kedip? Ini Adalah Jawapannya.

February 1, 2022

Kenapa Pilih Vaksin

Kenapa Pilih Vaksin? Sampai Bila Kita Mahu Jadi Pak Turut?

December 19, 2021

ULASAN

  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia
  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia
  • JiwaSihat on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia
  • titan on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia
  • rujukan on Boleh ke Yang Di Pertuan Agong Bubar Parlimen?

DAFTAR ARTIKEL

  • June 2022 (1)
  • March 2022 (2)
  • February 2022 (1)
  • December 2021 (2)
  • November 2021 (3)
  • October 2021 (4)
  • September 2021 (2)
  • March 2020 (5)
  • February 2020 (7)
  • October 2019 (3)
  • September 2019 (10)
  • August 2019 (2)

MEDIUM

This is a blog by me from me for the readers. I blog what I want you to reads. Not otherwise.

KATEGORI BACAAN

  • BISNES
  • FIKIR
  • HIDUP
  • INFORMASI
  • MUSLIM
  • REVIEW
  • RUJUKAN

HOSTING PILIHAN

Malaysia Web Hosting

Copyright © 2022 · PendekarBerkuda.Org · Hak Cipta Terpelihara