Bismillah.
Penulisan ini adalah khas untuk memberikan jawapan untuk seorang Doktor Kapak yang memetik saya secara semberono di dalam status facebook miliknya. Saya bukanlah tahu sangat tentang perubatan dan tatacara perubatan, tetapi alhamdulillah, Allah masih beri saya akal untuk menilai mana yang betul mana yang salah.
Tidak semua yang datang dari tangan-tangan dan mulut manusia berpaksikan sains itu betul. Dan tidak semua yang datang dari mereka juga salah. Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada prinsip “Hidup Selagi Kau Gantung Pada Yang Tak Mati, Tiada Apa Yang Perlu Kau Takuti“, saya tidakpun rasa terbeban untuk menjawab hujah beliau.
Cuma dalam proses untuk menjawab, di sebabkan oleh kurangnya data dan maklumat termasuk keengganan doktor tersebut memberikan sumber rujukan dan hanya memetik nama-nama tanpa menyebutkan judul atau tajuk kertas penyelidikan, jurnal atau laporan, maka saya terpaksa mencarinya sendiri. Satu kerja yang gila dan saya assume doktor tersebut terlalu malas untuk memberikan sumber rujukan secara detail melainkan hanya copy paste apa yang telah beliau kutip dan baca.
Tapi tak mengapalah. Ayuh kita bermula dengan memetik perenggan Perdebatan Yang Sebenar dari so called Scientific Paper yang beliau berikan. Perlu di ingat, saya bukanlah mahu melawan pakar atau doktor, apa yang saya paparkan di sini adalah pandangan dan pendapat saya sebagai manusia biasa yang mempunyai otak dan akal untuk berfikir dan menilai. Let’s go doc!
———————————
1. Perdebatan yang timbul berkenaan hal ini bukanlah perlu atau tidak intubasi dan ditidurkan, tetapi soal timing atau masa, bila sepatutnya seseorang pesakit ditidurkan. Dan ada yang membandingkan dengan kaedah tanpa intubasi – non invasive ventilation.
> Orang ramai tak kisah tentang sama ada pesakit di tidurkan sekiranya keputusan selepas di tidurkan itu adalah positif. Tetapi di mana-mana sahaja laporan dan data menunjukkan bahawa kematian lebih banyak berlaku selepas pesakit ditidurkan termasuk kes paling mendapat perhatian ramai iaitu kes kematian Siti Sarah Raisuddin.
Ref : Siti Sarah Meninggal Dunia
Apa yang lebih menarik, artikel mengenai Siti Sarah di tidurkan telah di padam oleh pihak media (kalian bernasib baik kerana google memiliki cached version untuk artikel berita berkenaan yang saya kongsikan linknya di bawah.)
Ref : Siti Sarah Ditidurkan
Artikel yang di tulis dan dilaporkan oleh wartawan berita harian tersebut telah hilang dari laman web portal berkenaan dipercayai telah di padam. Ini salah satu sebab kenapa orang ramai seperti saya menentang rawatan menidurkan pesakit sebagai satu kaedah merawat yang berkesan malahan menyebabkan kematian pesakit. Anda sebagai doktor hanya tahu beri suggestion kerana anda di ajar untuk mengamalkan apa yang anda ketahui dan pelajari selama ini dan bukannya secara first person experience. Sesiapapun boleh bagi suggestion sebegitu hatta pelajar tadika sekalipun.
Saya tidak nampak tindakan anda mampu memberikan keputusan yang lebih baik kepada para pesakit melainkan ianya menunjukkan bahawa anda tidak tahu pun bahawa kebarangkalian pesakit untuk mati selepas ditidurkan adalah lebih tinggi seperti yang berlaku kepada Siti Sarah dan pesakit-pesakit lain yang telah di tidurkan dan meninggal dunia. Apabila itu berlaku, kelompok perubatan seperti anda akan sedaya upaya untuk berlepas diri dan tidak mahu bertanggungjawab.
——————————
2. Mengikut garis panduan daripada gabungan Pennysylvania, Tufts and Harvard School of Medicine⁴, ada beberapa kriteria untuk intubasi dalam jangkitan Covid iaitu:-
A. Pesakit yang merosot dengan cepat
B. Pesakit yang memerlukan oksigen tinggi dan berkekalan – persistent need high flow/fraction of inspired oxygen
C. Tinggi jumlah carbon dioxide darah, pernafasan yang tidak betul, kurang isipadu (tidal volume), tak berapa waras, desaturation atau kekurangan oksigen
D. Tekanan darah tidak stabil dan kegagalan banyak organ.
Pertamanya, di dalam point ini anda seolah-olah sedang melakukan literature review dengan meletakkan superscript angka 4 di hujung perkataan Harvard tetapi tidak menyertakan sumber nya. Ini adalah kerja copy paste paling gila pernah saya lihat dilakukan oleh so called medical doctor yang punya pengalaman lebih 10 tahun!
Itu adalah panduan yang di berikan oleh orang lain dan anda cedok dan copy bulat bulat tanpa melakukan kajian dan pengujian yang seharusnya anda sebagai seorang doktor lakukan. Hanya copy paste seperti itu orang biasa juga mampu melakukannya. tak perlu jadi doktor pun! Perlu di ingat, pesakit yang di claim positif Covid19 mempunyai kondisi dan keadaan yang sangat-sangat berbeza dengan penyakit-penyakit lain walaupun simptom dan gejalanya adalah sama.
Menggunakan method merawat penyakit lain dan di aplikasikan ke atas pesakit covid hanya menunjukkan anda tidak pernah pun berusaha untuk mencuba melakukan penyelidikan dan pencarian sendiri kaedah merawat yang lain yang mungkin bersesuaian dan berkesan. Copy paste bukanlah jalan terbaik untuk merawat penyakit yang berbeza sekalipun simptomnya adalah sama.
Dengan hanya bergantung sepenuhnya kepada penyelidikan orang lain hanya menampakkan kemalasan anda, malah ianya juga membahayakan nyawa pesakit. Ia juga menunjukkan betapa anda tak layak untuk menjadi doktor!
3. Dalam sebuah meta analysis melibatkan 12 kajian dan 8944 pesakit, timing of intubation atau tempoh intubasi samada cepat atau lambat adalah tidak berbeza pada kadar kematian, (RR 1.07, p = 0.08), tempoh intubasi (duration) juga tidak berbeza (0.58 days, 95% CI – 3.06 days to 1.89 days, p = 0.65), Eleni Papoutsi 2021.
Dalam point ini anda menyebutkan mengenai kajian melibatkan 8944 pesakit yang di intubasi (di tidurkan?) dengan kadar kematian yang sangat tinggi iaitu melebihi 70% pesakit mati selepas di intubasi sama ada cepat atau lambat. Oleh kerana anda tidak mahu menyebutkan sumber sebenar mengenainya, jadi saya sendiri terpaksa mencari tahu sumbernya iaitu Eleni Popoutsi, 2021. Dalam kajian ini hanya membuat perbandingan antara kadar kematian pesakit yang cepat dan lambat di intubasi dan bukannya kadar kematian pesakit intubate vs non-intubate. Sekali lagi anda hanya tahu copy paste tanpa cuba memahami tujuan kajian berkenaan! Sungguh pemalas!
Apa yang anda cuba sampaikan sebenarnya dengan kajian di atas? Jelas di situ pesakit lebih ramai mati selepas di intubasi! Adakah anda seorang doktor yang bertanggungjawab menyelamatkan nyawa atau doktor yang mahu membunuh orang? Tak perlu jawab soalan saya, jawab kepada diri anda sendiri itu sudah cukup.
The real arguement
Apa yang menjadi real arguement sebenarnya adalah tindakan menidurkan pesakit telah meningkatkan kadar keboleh-matian pesakit dengan lebih cepat. Tiada kajian lengkap yang menunjukkan bahawa pesakit yang tidak di tidurkan atau tidak di intubasi mati lebih awal daripada yang di tidurkan. Malahan pengkaji yang sama dalam point nombor 3 menyebutkan ianya perlu kajian lebih lanjut – Rujuk sumber.
Malahan pada peringkat awal Covid di kesan dan sebelum kempen vaksinasi dilakukan, kadar sembuh dalam negara adalah sangat tinggi tanpa ada insiden brough in dead (BID) yang kritikal malahan setahu saya langsung tidak ada. Hanya selepas kempen vaksinasi dilakukan, semakin meningkat kadar kematian dan semakin banyak jumlah BID berlaku.
Ini sesuatu yang menuntut penjelasan yang maksimal dari seluruh ahli perubatan apakah sebenarnya mereka ini penyelamat nyawa ataupun sebenarnya mereka pembunuh berlesen atas nama perubatan?
Nyawa manusia bukanlah sesuatu yang kalian boleh buat main dan buat eksperimen. Kulit kalian tidaklah kebal api neraka. Menyebarkan penipuan dan tipu daya untuk memperdayakan manusia atas nama “inilah kehebatan sains” tidak menjadikan kalian hebat dan agung di akhirat.
Jadi saya hentikan di sini sahaja untuk khalayak menilai seperti apa keadaan kalian pada hari ini. Perlu di ingat, apa yang saya tuliskan di sini adalah tulisan seorang manusia biasa yang alhamdulillah Allah berikan akal untuk berfikir dan menilai dan bukannya hanya menerima buta-buta cakap-cakap orang termasuk dari orang-orang fasik.
P/s : Bidang perubatan bukanlah bidang saya yang menuntut istilah canggih-canggih yang hanya di amalkan oleh kelompok-kelompok elit berseragam ini untuk terus memperdayakan manusia. Saya hidup dengan yakin bahawa tiada kuasa manusia, baik kehebatan sains mereka, kehebatan mesin-mesin mereka mampu mengatasi kekuasaan Allah azza wa jal. Sabbihismarobbikal a’laa. Dan bertasbihlah memuji tuhan mu yang Maha Tinggi. Salam.
Leave a Reply