• HOME
  • HIDUP
  • FIKIR
  • INFORMASI
  • REVIEW
  • RUJUKAN
  • PRIVACY

PendekarBerkuda.Org

SEO Specialist. SEO Company Malaysia. Internet Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . SEO Reviews

Boleh ke Yang Di Pertuan Agong Bubar Parlimen?

YDPA Boleh Bubar Parlimen selepas Perdana Menteri letak jawatan?

Prinsipnya mudah. Jika Agong percaya bahawa tiada mana-mana Ahli Parlimen yang mendapat sokongan majoriti mudah untuk jadi Perdana Menteri, tiada sebab untuk Agong untuk tidak membubarkan Parlimen.

Yang Di Pertuan Agong 2020

Mengambil kira sekarang masih dalam Penggal Kerajaan selepas PRU, jadi kuasa adalah di tangan wakil rakyat di Parlimen. Merekalah yang akan menentukannya melalui undi2 mereka.

Dengan perletakan jawatan Mahathir, automatik kuasa sepenuhnya di pegang oleh YDPA sekalipun ada Perdana Menteri Interim.

Sehingga ahli parlimen dalam Dewan Rakyat menyatakan sokongan mereka kepada satu orang Ahli Parlimen yang di rasakan layak untuk jadi Perdana Menteri dengan sokongan “simple majority”, barulah kebarangkalian untuk Agong bubarkan Parlimen adalah rendah.

Jika tiada calon Perdana Menteri yang dapat majoriti mudah dalam masa yang di tetapkan dalam Perlembagaan, tiada jalan lain lagi kecuali Agong bubar Parlimen.

Kita tak boleh dalam situasi “kerajaan tergantung” atau dalam bahasa Inggeris nya “hung government“. Bahaya untuk negara, ekonomi, dan rakyat keseluruhannya.

Dengan kata lain,

1. Calon PM Dapat Undi Majoriti Mudah – Perdana Menteri baru di lantik, Kabinet baru di pilih.

2. Calon PM Tak Dapat Undi Majoriti Mudah – Agong Bubarkan Parlimen.

Jadi, apabila seseorang ahli parlimen dapat sokongan majoriti mudah 112 ahli parlimen di Dewan Rakyat, dia wajar di pertimbangkan oleh Yang Di Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri yang seterusnya.

Sekiranya tidak, maka, Perdana Menteri baru akan di lantik melalui pilihanraya umum selepas Parlimen di bubarkan oleh Yang Di Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri sedia ada.

Tidak kiralah Perdana Menteri itu bersifat sementara, interim, ataupun “caretaker Prime Minister”. Kerana seperti yang telah aku katakan sebelum ini, negara tanpa Badan Eksekutif sebagai pentadbir negara sukar untuk berjalan dengan baik.

Semua ini termaktub dalam Perlembagaan Negara. Hanya saja kita perlu lebih fokus untuk melihat perkara lain yang mungkin akan berlaku. Perhatikan saja dan pelajari seni permainan politik para politikus yang kita sebagai rakyat marhaen dan bawahan tak pernah lihat lagi.

Kuasa membubarkan Parlimen adalah di tangan Agong. Bila Agong bubar Parlimen, secara automatik Pilihanraya umum bakal diadakan dalam masa terdekat.

Say hi to our Next PM!

Pendekar Berkuda

Artikel dikemaskini pada February 25, 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KENALI PENULIS

Pemikir yang mencintai ilmu. Penulis yang sering menentang dogma pemikiran khalayak terbanyak. Penyokong kuat anti-vaksin, penyokong bumi datar, dan penyokong perpaduan ummah. Di sisi lain merupakan seorang pengendali dan pemilik rangkaian laman web dan blog.

Facebook Linkedin Instagram Twitter




BINGKISAN KATA

Surat Dari Itali - Coronavirus

Surat Dari Itali – Nasihat Dari Rakyat Malaysia Di Itali. #Covid19

March 18, 2020

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen Gred KP19

March 11, 2020

UMNO Dah Mula Hilang Fokus Kerana Gila Jawatan

UMNO Dah Mula Hilang Fokus Kerana Gila Jawatan?

March 6, 2020

Mahathir Tidak Akan Tinggalkan DAP

Mahathir Tidak Akan Tinggalkan DAP. Tidak Jika Hanya Untuk Orang Melayu Dan Demi Islam.

March 6, 2020

Muhyiddin Sebenarnya Proksi Mahathir?

March 1, 2020

ULASAN

  • titan on Surat Dari Itali – Nasihat Dari Rakyat Malaysia Di Itali. #Covid19
  • PENDEKAR on Erti Merdeka
  • titan on Erti Merdeka
  • Takaful Keluarga Terbaik on Rujukan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  • Takaful Keluarga Terbaik on Erti Merdeka

DAFTAR ARTIKEL

  • March 2020 (5)
  • February 2020 (7)
  • October 2019 (3)
  • September 2019 (10)
  • August 2019 (2)

MEDIUM

Aku menulis hanya lewat aksara yang ku susun atur menjadi bait-bait kata.

KATEGORI BACAAN

  • FIKIR
  • HIDUP
  • INFORMASI
  • MUSLIM
  • REVIEW
  • RUJUKAN

HOSTING PILIHAN

Malaysia Web Hosting

Copyright © 2021 · PendekarBerkuda.Org · Hak Cipta Terpelihara