• HOME
  • HIDUP
  • FIKIR
  • INFORMASI
  • REVIEW
  • RUJUKAN
  • PRIVACY

PendekarBerkuda.Org

SEO Specialist. SEO Company Malaysia. Internet Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . SEO Reviews

Beza Antara Munafiqun Dan Orang Beriman

Bismillaahirrohmaanirrohiiimm…

Aku terpanggil sekali lagi untuk menulis dan mengupas mengenai topik ini…kerana banyaknya ulamak-ulamak yang bercakap pasal ulamak-ulamak yang mengatakan sekian-sekian…akan apakah beza antara seorang yang beriman itu dengan orang munafiiquun dan orang biasa?

Sebelum aku lanjutkan terlebih dahulu..izinkan aku bertanya kepada kalian…sejauh manakah iman dan ilmu kalian mampu membawa kalian untuk menafsirkan akan makna munafiq itu apa sebenarnya??

Tidak perlu untuk kamu pergi jauh-jauh…hanya cukup untuk kamu pergi kepada awal surah al-Baqoroh…di mana Allah menyebut tentang segolongan orang yang mengaku bahawa mereka orang-orang yang beriman…walhal Allah sendiri telah menerangkan siapakah mereka sebenarnya…

Merekalah yang apabila bersama kelompok orang yang beriman, mereka berkata kami telah beriman..tetapi apabila kembali kepada kelompok mereka…mereka berkata “kami bersama kalian”…

Dan merekalah orangnya yang menjawab apabila diperintahkan oleh Allah..janganlan kamu berbuat kerosakan dengan berkata…”sesungguhnya kami adalah yang berbuat kebaikan..”…

Aku tidak mahu menyebut siapakah mereka..kerosakan apakah yang mereka perbuat…kerana kamu bisa melihat tanda-tanda yang jelas di hadapan kamu sendiri….

Mereka mengajar kamu untuk tidak menggunakan ayat-ayat Allah terhadap manusia kerana akan menyebabkan huru-hara kata mereka…walhal sebenarnya kerana mereka takut akan ayat itu akan menyebabkan mereka hilang pengaruh, keegoan dan sifat takbur dalam hati mereka…

Ulamak-ulamak mereka cenderung untuk menafsir ayat Allah sekerat demi sekerat…kerana itulah ayat Allah menjadi bahan persendaan bagi mereka… Seperti dalam firman Allah…

“walaa tattahizhuu aayatillaahi huzuwaa..”

Dan janganlah kamu jadikan ayat-ayat Allah sebagai persendaan (ejek-mengejek)!

Berlainan sifat dengan orang-orang yang beriman..mereka suka untuk berkata-kata dengan ayat-ayat Allah untuk menyeru kepada kebaikan…

Mereka akan mengajak kamu untuk mengucapkan sami’na wa ato’na atas setiap ayat yang tertera di dalam al-Qur’an…dan bukanlah sifat mereka untuk berdusta dengan ayat-ayat Allah…bukan juga sikap mereka untuk menggunakan ayat-ayat Allah untuk mendapatkan keuntungan dunia…

Kamu juga boleh lihat siapa ulamak yang sebenar-benar ulamak…bukan ulamak yang menyamar…

Bahayanya ulamak yang menyamar ini adalah mereka akan menggunakan apa saja cara untuk memperolehi apa yang mereka hajati…kuasa..pengaruh…kekayaan..dan sebagainya…

Dan kamu akan cenderung untuk mengikuti mereka (ulamak palsu) kerana apa yang mereka tawarkan kepada kamu…bukan apa yang Allah janjikan kepada kamu sekiranya kamu mengikut perintahNya…

Untuk jadi manusia yang benar-benar beriman..kamu wajib mengucapkan sami’na wa ato’na terhadap apa sahaja ayat-ayat Allah yang dibawakan oleh ulamak yang sebenar-benarnya…

Kamu boleh temui seribu orang ulamak dalam satu masa…tetapi yang benar-benar ulamak dalam kelompok tersebut tidaklah sampai 10 orang pun… Percayalah…

Jadi jangan takut untuk menggunakan ayat-ayat Allah untuk menyeru kepada kebaikan…sama ada ia di terima atau tidak…kamu telah melaksanakan tanggungjawab MENYAMPAIKAN seperti dalam sabda Nabi…

“Ballighuunii minal aayah…”

Sampaikan dariku walaupun satu ayat…

Dan belajarlah untuk mencari ulamak yang sebenar dalam keramaian manusia… Kerana jika tidak…kamu sendiri akan tersesat jalan ke neraka..walaupun bagi kamu ia bagaikan jalan ke syurga…

Wolloohua’lam….

Salam perjuangan…

Artikel dikemaskini pada September 25, 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KENALI PENULIS

Pemikir yang mencintai ilmu. Penulis yang sering menentang dogma pemikiran khalayak terbanyak. Penyokong kuat anti-vaksin, penyokong bumi datar, dan penyokong perpaduan ummah. Di sisi lain merupakan seorang pengendali dan pemilik rangkaian laman web dan blog.

Facebook Linkedin Instagram Twitter




BINGKISAN KATA

Surat Dari Itali - Coronavirus

Surat Dari Itali – Nasihat Dari Rakyat Malaysia Di Itali. #Covid19

March 18, 2020

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen Gred KP19

March 11, 2020

UMNO Dah Mula Hilang Fokus Kerana Gila Jawatan

UMNO Dah Mula Hilang Fokus Kerana Gila Jawatan?

March 6, 2020

Mahathir Tidak Akan Tinggalkan DAP

Mahathir Tidak Akan Tinggalkan DAP. Tidak Jika Hanya Untuk Orang Melayu Dan Demi Islam.

March 6, 2020

Muhyiddin Sebenarnya Proksi Mahathir?

March 1, 2020

ULASAN

  • titan on Surat Dari Itali – Nasihat Dari Rakyat Malaysia Di Itali. #Covid19
  • PENDEKAR on Erti Merdeka
  • titan on Erti Merdeka
  • Takaful Keluarga Terbaik on Rujukan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  • Takaful Keluarga Terbaik on Erti Merdeka

DAFTAR ARTIKEL

  • March 2020 (5)
  • February 2020 (7)
  • October 2019 (3)
  • September 2019 (10)
  • August 2019 (2)

MEDIUM

Aku menulis hanya lewat aksara yang ku susun atur menjadi bait-bait kata.

KATEGORI BACAAN

  • FIKIR
  • HIDUP
  • INFORMASI
  • MUSLIM
  • REVIEW
  • RUJUKAN

HOSTING PILIHAN

Malaysia Web Hosting

Copyright © 2021 · PendekarBerkuda.Org · Hak Cipta Terpelihara