• HOME
  • HIDUP
  • FIKIR
  • INFORMASI
  • REVIEW
  • RUJUKAN
  • PRIVACY

PendekarBerkuda.Org

SEO Specialist. SEO Company Malaysia. Internet Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . SEO Reviews

15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia

Vitamin C merupakan salah satu daripada zat dan gizi yang paling penting kepada tubuh badan manusia. Pengambilan yang betul mampu memberikan kesan yang baik terhadap kita. Jika anda mahu mendapatkan kebaikan daripada pengambilan Vitamin C. Anda kena tahu khasiatnya terlebih dahulu. Baca penerangan di bawah untuk lebih maklumat. Ketahui kebaikan dan kelebihan Vitamin C kepada tubuh badan manusia.

15 Kesan Pengambilan Vitamin C hide
1. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen
2. Bertindak sebagai antihistamine semulajadi
3. Penawar Semulajadi bagi Masalah Kulit
4. Membantu dalam Menyembuhkan Luka
5. Melindungi dari Penyakit yang Disebabkan oleh Tekanan
6. Membantu Menurunkan Paras Kolestrol
7. Melancarkan Peredaran Darah
8. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok
9. Mengawal Paras Gula dalam Darah bagi Pesakit Diabetes
10. Membantu dalam Merawat Kanser
11. Membantu Mengurangkan Masalah Pernafasan
12. Mengurangkan Simptom Asma
13. Membantu dalam Mengurangkan Simptom Arthritis
14. Mengurangkan Risiko Katarak
15. Kebaikan Vitamin C Untuk Membantu Merawat Penyakit Tibi

15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia.

15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia.

Sebelum kita pergi kepada kesan dan kebaikan pengambilan Vitamin C, lebih elok untuk kita ketahui apakah itu Vitamin C ini sebenarnya.

 

Menurut Harvard School of Public Health, Vitamin C, atau juga di kenali sebagai asid askorbik, adalah vitamin larut air. Ini bermakna ia larut dalam air dan dihantar ke tisu badan tetapi tidak disimpan dengan baik, jadi ia mesti diambil setiap hari melalui makanan atau suplemen.

 

Vitamin C memainkan peranan dalam mengawal jangkitan dan menyembuhkan luka, dan merupakan antioksidan kuat yang boleh meneutralkan radikal bebas yang berbahaya. Ia diperlukan untuk membuat kolagen, protein berserabut dalam tisu penghubung yang terjalin di seluruh pelbagai sistem dalam badan: saraf, imun, tulang, rawan, darah, dan lain-lain.

1. Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen

Kolagen mampu membuatkan kulit jadi lebih anjal, gebu dan berseri-seri. Tapi kolagen bukan setakat nak kulit sahaja cantik tapi lebih dari tu. Kolagen ada pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik. Pernah dengar orang ambil suntikan kolagen untuk awet muda? Ha. Lebih kurang macam tu la.

Vitamin C membantu dalam pembentukan kolagen yang menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan, kekenyalan kulit dan juga tisu-tisu badan termasuklah tendon, ligamen, otot dan tulang rawan.

 

2. Bertindak sebagai antihistamine semulajadi

Vitamin C kurangkan simptom demam seperti sakit-sakit badan dan selsema dengan bertindak sebagai antihistamine semulajadi. Ia boleh turunkan paras histamine dan mengawal alergi yang menyebabkan demam.

Dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sistem imun, vitamin C dalam dos yang lebih tinggi biasanya dapat bantu pulih dari demam dengan lebih cepat.

 

3. Penawar Semulajadi bagi Masalah Kulit

Sejak dulu lagi, vitamin C banyak digunakan untuk merawat banyak masalah yang berkaitan dengan kulit. Sekarang ni pun, banyak produk kecantikan yang gunakan vitamin C seperti pelembap dan masker untuk kembalikan keremajaan kulit dan buatkan kulit kelihatan berseri secara semulajadi.

Vitamin C sangat membantu untuk kurangkan kedutan dan mengembalikan keanjalan kulit. Selain itu, vitamin C juga melindungi kulit dari bahaya sinar UV.

 

4. Membantu dalam Menyembuhkan Luka

Vitamin C sangat penting untuk hasilkan kolagen iaitu protein dalam tisu penghubung dalam tubuh badan (kulit, tendon, otot, ligamen dan lain-lain). Disebabkan itu, vitamin C sangat membantu dalam pemulihan luka tak kiralah sama ada luka kecil, luka yang dalam, tulang yang patah atau kulit yang melecur.

Badan menggunakan vitamin C untuk gantikan tisu yang rosak sekaligus dapat bantu pulihkan luka dengan lebih cepat dan lebih baik. 

 

5. Melindungi dari Penyakit yang Disebabkan oleh Tekanan

Mengikut Dr. Bruce Miller, “The more you stress, the more you need vitamin C”. Ya, vitamin C mainkan peranan penting dalam melindungi otak dan sistem saraf daripada kesan akibat tekanan yang dialami.

Ini disebabkan oleh badan perlukan vitamin C yang mencukupi untuk sintesis hormon tekanan seperti adrenaline dan nor-adrenaline iaitu hormon yang sangat penting dalam melawan tekanan.

Oleh sebab stress boleh memusnahkan vitamin C dan kesan kekurangan vitamin C dalam badan menyebabkan sistem pertahanan badan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

 

6. Membantu Menurunkan Paras Kolestrol

Vitamin C mainkan peranan penting dalam menurunkan paras kolestrol dalam darah. Ia membantu menukarkan kolestrol kepada bile salts yang lebih mudah dibuang daripada badan.

 

7. Melancarkan Peredaran Darah

Kebanyakan kerosakan yang berlaku pada salur darah semasa serangan sakit jantung adalah disebabkan oleh salur darah tidak dapat mengembang dengan baik dan menghalang peredaran darah.

Sakit dada, susah nak bernafas atau dalam bahasa mediknya angina pectoris juga disebabkan oleh arteri koronari iaitu arteri yang membawa darah ke jantung tidak dapat mengembang dengan baik.

Terdapat kajian yang menunjukkan walaupun vitamin C dalam dos yang kecil tapi ia dapat membantu salur darah mengembang dengan baik terutamanya bagi yang selalu sakit dada, ada masalah jantung dan juga tekanan darah tinggi.

 

8. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat. Ia dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membentuk plak dan mengundang risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok.

Vitamin C juga melindungi kolestrol dari teroksida dalam aliran darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Sebab itulah orang yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin C untuk elakkan risiko penyakit jantung dan strok.

9. Mengawal Paras Gula dalam Darah bagi Pesakit Diabetes

Vitamin C mengawal paras gula dalam darah dan melindungi daripada komplikasi yang disebabkan oleh diabetis. Ada banyak kajian yang menunjukkan bahawa vitamin C dapat menurunkan paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

 

10. Membantu dalam Merawat Kanser

Terdapat kajian yang mencadangkan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi dapat membantu ubat untuk mematikan sel kanser dengan lebih berkesan bagi pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Fungsinya sebagai antioksidan melindungi sel dan DNA daripada rosak dan mengalami mutasi.

Vitamin C menyokong sistem pertahanan badan untuk melawan kanser dan mengurangkan risiko hampir kesemua jenis kanser. Bukanlah bermakna vitamin C ni boleh rawat kanser tapi vitamin C nilah yang bantu kuatkan sistem pertahanan badan untuk memerangi sel-sel kanser.

 

11. Membantu Mengurangkan Masalah Pernafasan

Terdapat kajian dari Univerisity of Helsinki, Finland yang mencadangkan vitamin C untuk mengurangkan masalah sistem pernafasan seperti batuk, nafas berbunyi dan juga semput.

 

12. Mengurangkan Simptom Asma

Orang yang mempunyai asma yang kronik sangat memerlukan vitamin C. Fungsinya sebagai antioksidan dan antihistamine dapat membantu dalam fungsi peparu dan salur pernafasan.

Pengambilan vitamin C sebanyak 1000 mg hingga 2000 mg setiap hari dapat mengurangkan penghasilan histamine yang boleh menyebabkan keradangan bagi penghidap asma.

 

13. Membantu dalam Mengurangkan Simptom Arthritis

Arthritis disebabkan oleh kegagalan proses sel yang membantu dalam penghasilan, penyelenggaraan dan pemulihan tisu tulang rawan. Tekanan fizikal ke atas tulang rawan memusnahkan kolagen dan juga memberi kesan pada penghasilannya.

Disebabkan vitamin C diperlukan untuk membentuk kolagen, ia sangat membantu untuk mengurangkan kesakitan, keradangan dan sakit sendi bagi orang yang menghidap arthritis.

 

14. Mengurangkan Risiko Katarak

Vitamin C mainkan peranan penting dalam memulihkan penglihatan dan juga melindungi daripada pembentukan katarak yang boleh mengakibatkan buta. Ini disebabkan oleh kanta mata perlukan dos tinggi bagi vitamin C untuk membuang dan menghalang radikal bebas yang terbentuk daripada kesan cahaya matahari.

 

15. Kebaikan Vitamin C Untuk Membantu Merawat Penyakit Tibi

Salah satu kajian yang dipaparkan dalam journal di Nature Communications mendapati vitamin C boleh membunuh bakteria yang menyebabkan penyakit tuberculosis atau lebih dikenali sebagai tibi. Vitamin C berpotensi sebagai antibakteria dalam menjalani rawatan penyakit tibi.

Kesimpulan Mengenai Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C Kepada Tubuh Badan.

Nampaknya banyak sekali manfaat dan kebaikan Vitamin C yang boleh di perolehi oleh kita. Oleh itu seperti yang di sarankan oleh pakar-pakar nutrisi, Vitamin C perlulah di ambil setiap hari.

Pengambilan yang konsisten dan berterusan mampu menjamin kesihatan tubuh badan kita. Jika bukan kita yang menjaga kesihatan tubuh badan sendiri siapa lagi kan? Ayuh dapatkan set lengkap Vitamin C anda sekarang!

DAPATKAN SUPLEMEN LENGKAP VITAMIN C, VITAMIN E & GLUTA PLUS DARI NURRAYSA

SET LENGKAP VIT C – VIT E – GLUTA PLUS | NURRAYSA

Hubungi : [Tekan Untuk Call] | [Tekan Untuk Whatsapp]

 

 

 

BACA ARTIKEL MENARIK YANG LAIN :

  • Kenapa Kelopak Mata Asyik Berkedip-Kedip? Ini Adalah Jawapannya.
  • Game PC Zaman Dulu-Dulu
  • Check Status Kewangan Untuk Membeli Rumah & Hartanah

 

P/s : Artikel Kesan Pengambilan Vitamin C ini di petik dari artikel di Facebook. Penulis tidak mengubah apa-apa kecuali penambahan tatabahasa dan susunan ayat supaya mudah untuk di fahami.

Artikel dikemaskini pada March 3, 2022

Comments

  1. titan says

    March 5, 2022 at 4:03 pm

    eeh.

    hang jual vitamin c dah ke sekarang?

    Reply
    • Pendekar says

      April 9, 2022 at 8:31 pm

      hahaha. takda lah. saja buat entry.

      Reply
  2. JiwaSihat says

    March 19, 2022 at 1:44 pm

    Vitamin C memang banyak fungsi dan kebaikan untuk kesihatan badan kita. Terutamanya ketika pandemik COVID-19, vitamin C boleh membantu menguatkan sistem imun.

    Reply
    • Pendekar says

      April 9, 2022 at 8:32 pm

      betul tu. banyak khasiat vitamin yang boleh kita dapatkan untuk kesihatan yang lebih baik.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KENALI PENULIS

Konsultan Digital Marketing. Berpengalaman luas membantu syarikat, usahawan, pemilik produk dan peniaga kecil untuk menguasai muka hadapan Google.com. Di sisi lain merupakan seorang pengendali dan pemilik rangkaian laman web dan blog. Hubungi saya untuk ketahui bagaimana saya bantu letakkan bisnes anda di halaman pertama Google. Klik Sini

Facebook Linkedin Instagram Twitter




BINGKISAN KATA

Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.

November 5, 2024

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju Setapak dan Seri Rampai

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju, Setapak & Seri Rampai. Call 0105326157

June 8, 2024

Dunia yang semakin maju membawa petanda

Dunia Yang Semakin Maju Membawa Petanda

February 22, 2024

Tukang Bina, Renovate dan Baiki Rumah Gombak

Tukang Rumah Gombak – Khidmat Upah Bina, Renovate & Baiki Rumah Pada Harga Berbaloi

September 20, 2023

Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames

March 31, 2023

ULASAN

  • HeloMedik on Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.
  • azam on Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames
  • Adi Channel on Bermain Catur Mampu Merangsang Otak.
  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia
  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia

MEDIUM

This is a blog by me from me for the readers. I blog what I want you to reads. Not otherwise.

KATEGORI BACAAN

  • BISNES
  • FIKIR
  • HIDUP
  • INFORMASI
  • MUSLIM
  • REVIEW
  • RUJUKAN

HOSTING PILIHAN

Malaysia Web Hosting

Copyright © 2025 · PendekarBerkuda.Org · Hak Cipta Terpelihara