Memiliki kediaman sendiri adalah idaman semua orang. Namun tidak semua orang mampu mencapai impian mereka untuk memiliki kediaman sendiri atas pelbagai faktor. Lebih-lebih lagi apabila harga rumah sentiasa meningkat dan jarang sekali mengalami penurunan. Sekiranya ada sekalipun penurunan harga rumah dan hartanah, ianya relatif kecil dan tidak memberikan impak yang besar kepada harga rumah dan hartanah. Jadi di sini di kongsikan beberapa langkah penting yang perlu di ambil kira sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah kediaman atau hartanah.
Pada bulan Januari lepas, akhbar Kosmo memetik Khazanah Research Institute yang mengatakan bahawa harga rumah dan hartanah akan terus meningkat tahun demi tahun sekalipun kadar gaji pekerja kekal tidak berubah.
Menurut Pengarah Penyelidikannya, Dr. Suraya Ismail, harga kediaman dijangka tetap terus mencatatkan kenaikan walaupun upah sebahagian besar pekerja di Malaysia pula kekal sama.
“Memang kami ada mendapati sebenarnya harga rumah ketika ini pun pada dasarnya sudah naik mendadak berbanding gaji kebanyakan pekerja masih rendah tidak berubah,” katanya.
Pastikan Anda Mampu Sebelum Membeli Rumah.
Ya. Kemampuan kewangan adalah perkara asas yang perlu anda ada sebelum membuat keputusan untuk membeli unit hartanah atau rumah kediaman. Anda perlu mengetahui mengenai setakat mana anda mampu menanggung ansuran bulanan ataupun pembelian tunai hartanah berkenaan. Jika anda masih belum mampu untuk melakukannya. Bersabarlah dan teruskan menyimpan sehingga anda mampu untuk ‘afford’ bayaran yang di kenakan ke atas anda nanti.
Cara Mengetahui Status Kewangan Anda
Bank-bank menghendaki anda mempunyai status kewangan yang kukuh sebelum meluluskan pembiayaan kepada anda. Tanya sahaja kepada mana-mana kakitangan bank Maybank, Cimb, Bank Rakyat ataupun Bank Islam yang menawarkan pembiayaan pembelian rumah. Mereka sudah pasti melihat kemampuan kewangan anda terlebih dahulu sebelum meluluskan pembiayaan.
Untuk mengetahui mengenai kemampuan kewangan anda anda boleh melakukan kiraan mudah dengan menggunakan kalkulator di internet. Antara yang sering di guna pakai untuk mengetahui kemampuan kewangan individu yang mahu membeli rumah dan hartanah adalah :
Affordable Calculator – Mengira Jumlah Pembiayaan Berdasarkan Gaji
Affordability Calculator : Boleh di gunakan untuk mengetahui jumlah pinjaman yang boleh anda dapatkan berpandukan dengan jumlah pendapatan anda dan/atau bersama pasangan anda. Anda hanya perlu masukkan gaji dan maklumat berkaitan gaji anda. Anda akan di maklumkan berapa jumlah pinjaman yang boleh anda dapatkan nanti.
SEMAK JUMLAH PEMBIAYAAN ANDA |
Home Calculator – Mengira Jumlah Pembayaran Ansuran Bulanan Membeli Rumah
Home Loan Calculator : Sekiranya anda telah mengetahui berapa banyak pinjaman yang boleh anda dapatkan dan berapa lama tempoh masa untuk pembiayaan tersebut, anda boleh guna kalkulator ini untuk mendapatkan jumlah yang perlu anda bayar setiap bulan.
SEMAK ANSURAN BULANAN ANDA |
Peringatan Penting.1. Jumlah pinjaman atau pembiayaan anda tidak boleh melebihi 1/3 daripada gaji kasar anda. Jangan gaji RM2000 tapi nak bayar RM800 untuk rumah. Membebankan nanti. |
Cari Pendapatan Sampingan (Side Income / Passive Income)
Pendapatan anda hanya cukup-cukup makan sahaja untuk membayar ansuran rumah? Jangan risau. Carilah pendapatan sampingan yang boleh menampung perbelanjaan bulanan anda seperti makanan, petrol, keperluan asas dan bil-bil. Anda perlu memiliki pendapatan sampingan supaya bebanan kewangan anda dapat dikurangkan semaksimal mungkin dan mengelakkan anda daripada mengalami tekanan untuk melakukan pembayaran pinjaman rumah atau hartanah anda.
Terdapat banyak cara untuk mendapatkan pendapatan sampingan seperti contohnya bisnes online, dropship, menawarkan kepakaran anda kepada orang ramai dan sebagainya.
Jangan Masukkan Pendapatan Sampingan (Side Income) Dalam Kiraan Kemampuan Kewangan Anda
Anda tidak perlu memasukkan pendapatan sampingan untuk menguatkan kemampuan kewangan anda. Pendapatan sampingan itu jika perlu anda gunakan untuk kegunaan harian anda (jika ada) supaya anda tidak akan terbeban dengan kadar bayaran ansuran yang telah di tetapkan.
Ramai orang menambahkan pendapatan sampingan ke dalam kemampuan kewangan mereka sehinggakan apabila mereka telah kehilangan pendapatan sampingan, mereka tidak lagi mampu untuk membayar ansuran rumah mereka lantas menyebabkan rumah mereka di tarik oleh bank dan mereka diisytiharkan bangkrap. Anda harus elak perkara ini daripada berlaku kepada anda.
Pendapatan Sampingan Adalah Dana Kecemasan Anda Untuk Membeli Rumah/Hartanah.
Dengan adanya pendapatan sampingan, anda tidak perlu bergantung kepada gaji ketika memohon pembiayaan pembelian rumah dan hartanah 100% untuk di gunakan kepada keperluan lain. Makanya, kemampuan kewangan anda akan kekal stabil untuk satu jangkamasa yang lama. Jika pun anda kehilangan pekerjaan kekal anda, pendapatan sampingan anda masih mampu untuk setidak-tidaknya mengurangkan beban kewangan anda untuk membayar ansuran rumah atau hartanah anda.
Buat Tabungan Bulanan Ansuran Rumah / Hartanah
Tidak ramai orang yang mahu memiliki satu tabung bulanan untuk pembayaran ansuran rumah atau hartanah mereka dengan anggapan bahawa mereka pasti tidak akan culas daripada membayar. Sehingga apabila tempoh pembayaran telah hampir, mereka gagal untuk membuat pembayaran. Banyak kes kebangkrapan di rekodkan kerana kegagalan pembeli untuk membayar ansuran bulanan mengikut tempoh yang telah di tetapkan oleh pihak bank. Anda harus elakkan perkaran ini daripada berlaku. Jadi buatlah satu tabung khas untuk pembayaran ansuran bulanan rumah atau hartanah anda.
Pilih Rumah / Hartanah Sesuai Dengan Kemampuan Kewangan Anda.
Sekiranya anda telah selesai melakukan pengiraan status kewangan anda. Anda bolehlah mula memilih rumah yang sesuai dan sudah pasti mampu untuk anda beli dari segi kewangan. Elakkan daripada membeli hartanah atau rumah yang di luar kemampuan anda terutamanya apabila kadar bayaran ansuran bulanan menghampiri 1/2 daripada pendapatan kasar anda. Jangan lupa check status kewangan anda.
Untuk jangkamasa panjang, ianya bakal menyulitkan perancangan kewangan anda kerana anda memikul beban yang lebih daripada yang di sarankan kepada anda.
Jika anda mampu beli rumah teres tetapi tidak mampu beli sebuah apartment atau kondominium, fokuskan kepada rumah teres sahaja sekalipun rumah teres tersebut terletak agak jauh daripada tempat kerja. Kerja boleh di cari ganti tetapi rumah tak boleh di angkat pindah. Haa. Ingat tu.
Kesimpulannya.
Ukurlah baju di badan sendiri dan bukan badan orang lain. Check status kewangan anda sebelum membuat perancangan untuk membeli rumah. Nak beli rumah ini bukan sahaja kena bayar ansuran bulanan. Banyak lagi benda lain nak kena fikir dan pertimbangkan. Elok lah rancang betul-betul supaya tak terbeban di kemudian hari.
Bak kata pepatah. Sudah terhantuk baru terngadah. Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis.
Eh.
Dah melalut pula dah ni.
Semoga anda yang membaca artikel ini di murahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Leave a Reply