• HOME
  • HIDUP
  • FIKIR
  • INFORMASI
  • REVIEW
  • RUJUKAN
  • PRIVACY

PendekarBerkuda.Org

SEO Specialist. SEO Company Malaysia. Internet Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . SEO Reviews

Game PC Zaman Dulu-Dulu

Siapa tahu game pc zaman dulu-dulu? Sebagai generasi 80an, kali ini saya akan berkongsi pengalaman pertama kali bermain game atau permainan komputer/pc. Game yang sekarang lebih canggih dengan pelbagai macam game baik di pc/laptop ataupun smartphone yang mampu menghabiskan masa kita dengan banyaknya. Haha.

Pertama kali saya kenal game PC adalah game Solitaire dan game Mineweepers yang ada di semua PC dan laptop yang mempunyai sistem Windows OS. Game nya menarik dan menghiburkan. Kadang kala saya menghabiskan masa berjam-jam bermain game berkenaan.

Pengalaman main game pc

Berlainan dengan permainan tradisional yang mana melibatkan kegiatan fizikal yang banyak, game PC hanya melibatkan penggunaan tangan dan pancaindera. Sangat berbeza. Anda boleh main sambil duduk di kerusi sahaja.

Peredaran Zaman Membawa Perubahan Teknologi.

Sesuai dengan peredaran zaman, perubahan turut berlaku dalam game PC, lebih banyak game PC yang di hasilkan baik itu melibatkan game offline mahupun online. Antara game yang pernah popular adalah Counter-Strike, Ragnarok Online, dan Warcraft.

Counter Strike – Antara game paling popular time jadi student.

Belum lagi yang popular sehingga sekarang iaitu game Dota sehingga mempunyai kejohanan sendiri yang di sertai oleh pemain di seluruh dunia dan menawarkan hadiah yang tidak sedikit. Sehingga ada yang jana pendapatan berjuta dolar hanya dengan menyertai kejohanan Dota 2 dan menjadi duta untuk jenama-jenama terkenal.

Lambakan Game Yang Pelbagai.

Tedapat pelbagai macam jenis game yang boleh dimainkan. Paling popular di era Facebook adalah Mafia Wars, dan sudah pastilah Zynga Texas Holdem Poker. Salah satu game favourite saya di facebook dan sempat jana income hanya dengan jual chip. Haha. Siapa yang pernah main game ini tahulah bagaimana orang jual chip.

Begitu juga aplikasi game yang lain yang terdapat di Facebook sebelum munculnya Android dan aplikasi Play Store. Terlalu banyak sebenarnya game yang pernah saya main di PC ataupun telefon pintar. Semuanya sekadar untuk menghabiskan masa terluang terutama ketika masa senggang. Terkadang ketika menunggu bas, dalam perjalan dan sebagainya.

Main Game di Browser

Seiring dengan berkembangnya teknologi, semakin banyak aplikasi permainan di cipta. Baik online ataupun offline. Jika kalian salah seorang peminat game, maka segala jenis game pasti mahu di cuba. Termasuklah saya. Baru-baru ini saya menemui satu laman game berasaskan browser yang agak menarik untuk melepaskan kebosanan. Aplikasi permainan di dalamnya sangatlah mudah dan tak memerlukan masa yang lama. Dengan erti kata lain, fleksibel. Main jika bosan dan boleh berhenti pada bila-bila masa.

Menariknya laman web aplikasi game ini adalah, kita tak perlu install atau pasang game tersebut di PC atau smartphone kita. Jadi jimat storage. Banyak game yang saya dah cuba. Jadi teringat zaman kolej dan universiti dulu. Memori main game simple-simple bila tengah bosan termasuk game-game di fb apps.

Plays.Org – Main game santai dan mudah tanpa perlu install kat phone atau pc/laptop

Apa Yang Best Bila Main Game di Browser?

Haaa. Ini salah satu sebab kenapa saya suka dengan platform ini. Dibandingkan dengan game yang perlu di install dari App Store dan Play Store, main game di browser lebih selamat, lebih ringan, tak makan storage dan yang paling penting, tak perlu install apa-apa.

Buka browser -> Pilih game -> Main.

Semudah itu sahaja. Tak perlu risau pasal update ke apa ke. Simple tinggal main je.

Dan ofkos paling penting adalah bila main game di browser, data privacy kita selamat sebab tak perlu daftar pun jika nak main. Dan daftar pula hanya satu option jika nak simpan progress kita.

Support Skrin Penuh (Full Screen)

Menariknya lagi, kebanyakan browser game atau game yang tersedia melalui laman web menyokong skrin penuh atau full screen sama ada di PC ataupun smartphone anda. Ini yang bestnya. Contoh di bawah adalah untuk satu game yang saya main di laman web ini. Game hero Batman, open di Google Chrome, pilih game dan tunggu loading. Nanti dia automatik akan beri paparan skrin penuh seperti di bawah.

Game nya memang best, main elak-elak halangan, musuh dan lain-lain.

Game PC Zaman Dulu-dulu

Paparan skrin penuh

Game PC Zaman Dulu-dulu

Tak Perlu Install – Jimat Storage.

Kelebihan main game di browser adalah kita tak perlu pun nak install atau pasang game yang kita nak main di PC atau telefon pintar kita. Memadai dengan hanya pergi ke laman web berkenaan, contohnya macam yang saya pilih, Plays.org, kemudian pilih game yang saya nak main dan seterusnya tinggal tekan play sahaja. Mudah, jimat stor penyimpanan data di telefon dan pc. Berbeza jika kita install game terus ke handphone atau pc, ia pasti memerlukan banyak ruang seperti game Mobile Legend Bang Bang, PUBG Mobile dan sebagainya.

Kategori Game Pilihan.

Saya sukakan game yang santai dan mudah dan kadang-kadang sukakan game bercorak strategi dan uji minda. Dalam laman web Plays.org yang sering saya open dan main, antara kategori game yang jadi pilihan saya adalah Solitaire, Pinball dan Base Defense! Kategori game ini boleh menyebabkan ketagihan yang teruk, seperti yang di maklumkan oleh laman web berkenaan sendiri.

Game PC Dulu-Dulu

Penutup

Jika anda mahu berehat dari berkerja atau menghabiskan masa senggang dan mengurangkan tekanan, bolehlah try game di Plays. Cuma jangan sampai ketagih pula, sebab game yang ada dalam website itu terlalu banyak. Haha.

Sekian dahulu. Jumpa lagi.

Salam perjuangan.

 

Carian Berkaitan :

  • https://pendekarberkuda org/game-pc-zaman-dulu-dulu/

Artikel dikemaskini pada December 6, 2021

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KENALI PENULIS

Konsultan Digital Marketing. Berpengalaman luas membantu syarikat, usahawan, pemilik produk dan peniaga kecil untuk menguasai muka hadapan Google.com. Di sisi lain merupakan seorang pengendali dan pemilik rangkaian laman web dan blog. Hubungi saya untuk ketahui bagaimana saya bantu letakkan bisnes anda di halaman pertama Google. Klik Sini

Facebook Linkedin Instagram Twitter




BINGKISAN KATA

Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.

November 5, 2024

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju Setapak dan Seri Rampai

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju, Setapak & Seri Rampai. Call 0105326157

June 8, 2024

Dunia yang semakin maju membawa petanda

Dunia Yang Semakin Maju Membawa Petanda

February 22, 2024

Tukang Bina, Renovate dan Baiki Rumah Gombak

Tukang Rumah Gombak – Khidmat Upah Bina, Renovate & Baiki Rumah Pada Harga Berbaloi

September 20, 2023

Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames

March 31, 2023

ULASAN

  • HeloMedik on Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.
  • azam on Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames
  • Adi Channel on Bermain Catur Mampu Merangsang Otak.
  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia
  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia

MEDIUM

This is a blog by me from me for the readers. I blog what I want you to reads. Not otherwise.

KATEGORI BACAAN

  • BISNES
  • FIKIR
  • HIDUP
  • INFORMASI
  • MUSLIM
  • REVIEW
  • RUJUKAN

HOSTING PILIHAN

Malaysia Web Hosting

Copyright © 2025 · PendekarBerkuda.Org · Hak Cipta Terpelihara