Game Solitaire Kekal Pilihan Sepanjang Zaman. Permainan komputer merupakan antara permainan yang di gemari oleh orang ramai sejak lama dahulu. Dalam entry Game PC Zaman Dulu-Dulu saya ada menulis mengenai senarai game PC yang menggamit memori silam. Salah satunya adalah game Solitaire. Dari sejak kali pertama menggunakan komputer, saya dah terbiasa dengan permainan game PC. Formatnya yang simple dan mudah tak memerlukan kita menggunakan jari yang banyak, memadai dengan hanya mengetik tetikus sahaja.
Setiap Komputer Pasti Ada Game Solitaire.
Kerana popularitinya yang malar hijau atau dalam bahasa santainya – evergreen, Solitaire kekal mendominasi antara game yang wajib ada di dalam perisian Windows keluaran Microsoft zaman berzaman. Sekarang ini hampir setiap perisian komputer mempunyai game Solitaire. Dari kanak-kanak sekolah sehinggalah golongan berkerjaya, game ini mampu membantu mereka merehatkan minda dan menghilangkan stress belajar dan berkerja. Konsepnya yang mudah untuk di mainkan membantu ianya kekal menjadi pilihan ramai.
Permainan Yang Menyebabkan Ketagihan.
Mengikut artikel yang telah di keluarkan oleh Business Insider – “Solitaire is so addictive“, mereka telah mengupas bagaimana permainan ini boleh menyebabkan ketagihan kepada pemainnya. Tidak kurang juga mereka memetik pandangan pakar-pakar psikologi dan saintis yang telah memetik Solitaire adalah permainan yang telah menyebabkan ramai orang ketagihan.
Artikel yang di terbitkan pada tahun 2019 itu mengulas panjang lebar mengenai permainan ini yang telah di masukkan ke dalam World Video Game Hall of Fame yang mengiktiraf permainan-permainan yang terbaik sepanjang zaman.

Bermain solitaire mampu meredakan stress berkerja ataupun belajar,
World Video Game Hall of Fames.
Solitare telah di pilih sebagai salah satu permainan video komputer yang terbaik sepanjang zaman dan di masukkan di dalam senarai World Video Game Hall of Fames, satu pengiktirafan yang di berikan kepada game-game terbaik dan paling ramai peminat sepanjang zaman. Antara game-game popular lain yang ada di dalam senarai berkenaan adalah The Sims, Super Mario Bros, Sonic the Hedgehog, Tetris, Pac-man, World of Warcraft, dan lain-lain. Sayangnya Dota2, PUBG ataupun Mobile Legends belum termasuk di dalamnya lagi. Haha.
Kekal Pilihan Sepanjang Zaman
Walaupun terdapat lambakan game dan permainan online di pasaran, permainan seperti Solitaire ini kekal pilihan sepanjang zaman kerana ianya sangat mudah untuk di mainkan dan tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak. Ia hanya memerlukan kita menggerakkan tetikus dan menggunakan kemampuan akal fikiran untuk menyusun kad-kad yang di paparkan di skrin.
Ia menjadiklan game ini kekal pilihan untuk di mainkan malahan laporan menunjukkan terdapat ramai orang yang mengalami ketagihan melampau terhadap game ini sehingga ada yang terjejas prestasi kerja mereka. Jadi elakkan daripada ketagihan bermain game dengan hanya meluangkan masa yang sedikit sahaja setiap kali. Jangan terlalu lama sehingga menjejaskan prestasi anda.
In a 2006 Washington Post chat, computer addiction researcher Maressa Hecht Orzack said her growing obsession with the game had led her to lose sleep and neglect her work.
“I kept playing solitaire more and more — my late husband would find me asleep at the computer,” Orzack wrote in the chat. “I was missing deadlines. I knew something had to be done.”

Bermain game tanpa henti boleh menyebabkan ketagihan. Kredit Gambar – Psycom
Main Game Solitaire Percuma di Browser.
Menulis kadangkala amatlah meletihkan. Perlukan idea yang banyak terutamanya untuk menyusun ayat-ayat. Kadangkala boleh berada dalam tekanan juga. Jadi saya sering meluangkan masa dengan bermain game sama ada di telefon pintar, tablet ataupun di PC. Amat jarang saya download atau install game. Kebanyakan masa saya hanya layari sahaja internet dan bermain game percuma yang ada. Dan sudah pastilah antara game kegemaran saya adalah Solitaire.
Antara laman web yang menjadi pilihan saya adalah Solitaired.com, Solitaire.org dan beberapa lagi. Tetapi yang paling sering saya habiskan masa dan waktu adalah di Solitaire.org. Jika anda peminat game ini bolehlah cuba untuk bermain di laman web berkenaan.

Bermain solitaire mampu meredakan stress berkerja ataupun belajar,
Kelebihan Bermain Game di Browser.
Antara sebab kenapa saya pilih bermain game di browser atau bahasa melayu nya, pelayar internet adalah kerana ia tidak memerlukan saya untuk download dan install game yang saya mahu main. Lagi pula saya tidaklah mahu bermain dengan kerap. Hanya mahu meredakan fikiran untuk mencari idea menulis. Di sini sudah menjimatkan masa dan ruang penyimpanan data saya baik di telefon pintar, tablet mahupun laptop.
Selain itu, seperti mana game-game yang lain yang banyak terdapat di PlayStore, kebanyakan laman web sekarang menyediakan perkhidmatan sokongan skrin penuh (fullscreen) yang mana sudah pasti tak menjejaskan pengalaman bermain.

Kebanyakan laman web menyokong skrin penuh ketika bermain game di browser.
Banyak Pilihan Game Yang Lain.
Antara sebab lain kenapa saya pilih browser adalah terdapat banyak lagi permainan yang lain yang boleh di mainkan, hanya perlu pilih dan main sahaja. Kebanyakan game yang di sediakan adalah menguji minda kita. Dan membantu otak untuk terus berkerja. Kelebihan ini mampu meningkatkan daya fokus kita dan membantu kita untuk tidak mudah menjadi pelupa atau dalam bahasa mudahnya, di serang alzheimer.
Anda boleh lihat game-game lain yang terdapat di laman web Solitaire.org sebagai contoh untuk lebih faham dengan apa yang saya cuba sampaikan. Kebanyakan laman-laman web yang menyediakan permainan online bukan hanya fokus kepada satu-satu game sahaja sebaliknya terdapat pelbagai jenis game yang boleh anda mainkan. Hanya tinggal pilih sahaja apa permainan yang kita mahu cuba.

Antara game-game yang terdapat di laman web Solitaire.org yang sering saya main.
Penutup
Ada pelbagai jenis permainan yang terdapat di pasaran. Setiap orang ada permainan kegemaran dia sendiri. Bagi orang macam saya, saya sukakan permainan yang menguji minda. Bagaimana pula dengan anda?
Jangan lupa komen di bawah ya.
Salam Perjuangan.
Leave a Reply