Kereta baru atau terpakai? Mana satu pilihan anda?
Zaman sekarang, memiliki kereta sudah menjadi satu kewajipan bagi setiap keluarga. Selain mudah untuk bergerak, ianya juga menjadi penanda aras taraf kehidupan seseorang. Bagi yang pertama kali mahu membeli kereta, sudah pasti dia akan melakukan kajian kereta mana yang lebih baik.
Contohnya, nak pilih kereta baru ataupun kereta terpakai sebagai kereta pertama. Ada orang yang nak pilih kereta baru. Ada juga orang yang pilih kereta terpakai sebagai kereta pertama mereka.
Belum lagi yang pilih-pilih jenama kereta yang di impikan. Ada yang nak pakai kereta PROTON, PERODUA, MITSUBISHI, HONDA, TOYOTA dan sebagainya. Jenama seringkali melambangkan kualiti kereta yang di miliki oleh seseorang. Sebab itulah ada yang cakap, PROTON dan PERODUA hanya untuk B40, Honda dan Toyota untuk M40 dan kereta-kereta mewah atau canggih untuk golongan T20.
“Kereta baru jimat kos nak baiki dan servis.”
Jika pilih kereta baru, manfaat pertama yang kita dapat adalah tak perlu pening kepala jika ada komponen yang rosak sebab masih di dalam warranty. Tinggal hantar ke bengkel pengedar sahaja. Jadi dah jimat di situ.
Walaupun kos pembelian kereta baru adalah lebih mahal daripada kereta terpakai. Tetapi kos baik pulih adalah lebih rendah dan sudah pasti jarang rosak. Maklumlah kereta baru kan. Takkan cepat sangat jahanam.
Makanya, kalau kita mampu, lebih baik angkat kereta baru sebagai pilihan pertama kita. Jimat pun jimat. Selesa pun selesa. Dan yang paling penting bukan bekas orang.
“Kereta terpakai lebih berkualiti dan tahan lama.”
Ramai juga yang pilih kereta terpakai. Yang pilih kereta terpakai ini pula ada bermacam-macam sebab. Antara sebabnya adalah kualiti kereta. Lebih-lebih lagi kereta jenama terkenal seperti Mercedes Benz, Honda, BMW, Mazda, Porsche, dan sebagainya.
Selain daripada berkualiti, harga kereta terpakai jenama sama, model yang sama juga secara relatifnya lebih murah daripada harga pasaran bagi kereta baru jenama dan model yang sama. Dah untung di situ.
Apa salahnya pakai bekas orang sekiranya ianya masih elok dan masih berada dalam keadaan baik. Lebih untung jika yang memiliki barang tersebut adalah seorang yang cermat dan pandai jaga barang. Tiptop lah mudahnya. Lagipun bukan orang tahu pun kita baru beli kereta atau dah lama beli kereta.
“Kereta baru lebih selesa.”
Berbanding kereta terpakai. Memiliki kereta baru pasti lebih selesa memandangkan semua komponen adalah masih baru dan sangat berbeza dengan kereta terpakai yang mungkin telah ada kecacatan akibat kemalangan, calar, dan apa-apa saja masalah yang berlaku selama ianya telah di pakai oleh pemilik sebelum ini.
Nak beli kereta kena tengok dulu kemampuan kewangan.
Tidak kiralah sama ada kita nak beli kereta baru ataupun kereta terpakai. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tetapi yang paling penting, kemampuan kewangan untuk membayar pinjaman kereta itu mesti ada. Jangan cuma boleh pakai 5-6 bulan dan selebihnya kena tarikh.
Itu yang sering menjadi masalah kepada kebanyakan orang. Sampai ada yang muflis hanya kerana tak mampu bayar ansuran bulanan kereta mereka.
Seeloknya beli kereta yang jumlah pinjamannya tak lebih dari jumlah setahun gaji kita. Contohnya jika gaji kita RM2000. Jumlah pinjaman kereta sebaik-baiknya RM24,000. Begitu lebih baik.
Semak kadar bayaran bulanan pinjaman kereta.
Sekarang ini, macam-macam cara boleh buat untuk semak setakat mana kita mampu nak bayar ansuran bulanan dan berapa tahun nak ikat. Ada yang ikat 5 tahun, 7 tahun dan juga 9 tahun. Setiap tempoh masa itu ada kebaikan dan keburukan masing-masing. Lebih lama masa, lebih banyak kita kena bayar.
Jangan biarkan diri kita terbeban dengan sesuatu yang kita tak mampu. Banyak hal-hal lain yang perlu kita tanggung daripada menanggung beban yang tak perlu. Malahan jika mampu untuk beli tunai, lebih baik beli tunai sahaja sekalipun kereta itu kereta lama. Lebih baik begitu daripada tanggung beban hutang bertahun.
Macam mana nak kira ansuran bulanan kereta?
Ada macam-maca cara untuk kira ansuran bulanan kereta. Paling selalu kita boleh dapatkan adalah melalui eksekutif jualan. Yang ini paling sering di lakukan oleh ramai orang.
Yang kedua adalah dengan cara melakukan pengiraan sendiri. Sama ada menggunakan pen dan kalkulator sendiri ataupun dengan menggunakan aplikasi dan laman web secara online.
Sebelum mengira kadar ansuran bulanan kereta, kita perlu tahu dahulu 3 aspeks penting.
- Harga kereta
- Kadar faedah pinjaman
- Tempoh masa pinjaman.
Selepas itu bolehlah kira kadar ansuran bulanan dengan formula.
Ansuran bulanan = Harga Kereta + [Harga Kereta x Kadar Faedah(%) x Tempoh pinjaman (tahun)] / Tempoh Pinjaman (bulan) |
Contoh lah harga kereta Proton X50 1.5T Premium adalah RM93,200 dan kadar faedah pinjaman adalah 3.65% serta tempoh pinjaman selama 9 tahun.
Pengiraannya adalah
Ansuran bulanan = RM93,200 + ( RM93,200 x 3.65% x 9 ) / 108 = RM 1146.45 sebulan
Pengiraan di atas adalah jika dan hanya jika kita tak bayar deposit dengan erti kata lain, full loan. Sebaliknya jika kita bayar deposit, jumlah nya adalah berlainan. Jika mahu merendahkan jumlah ansuran bulanan, bayarlah downpayment yang lebih banyak.
Sumber : CarPaymentCalculator.net
Dokumen yang di perlukan untuk membeli kereta.
Selepas dah pilih kereta yang kita berkenan, dokumen-dokumen di bawah adalah di perlukan untuk melakukan pembelian kereta dan memohon pembiayaan dari bank. Jadi, jangan lupa untuk semak senarai dokumen di bawah ini. Senarai di bawah adalah penting untuk kita tahu apa yang diperlukan oleh ketika membeli kereta.
Kesimpulan
Sama ada kereta baru ataupun terpakai, terserah kepada pilihan masing-masing. Tepuk dada tanya poket. Mampu atau tidak. Jika tidak mampu, memadai sahajalah kumpul duit beli cash sahaja. Kurang beban untuk bayar ansuran bulanan. Harga pula jauh lebih murah dan sudah pasti jauh dari riba.
Apapun pilihan yang kita buat. Buatlah pilihan yang bijak. Kata orang ukur baju di badan sendiri.
Leave a Reply