• HOME
  • HIDUP
  • FIKIR
  • INFORMASI
  • REVIEW
  • RUJUKAN
  • PRIVACY

PendekarBerkuda.Org

SEO Specialist. SEO Company Malaysia. Internet Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . SEO Reviews

UMNO Dah Mula Hilang Fokus Kerana Gila Jawatan?

UMNO Dah Mula Hilang Fokus Kerana Gila Jawatan

UMNO Dah Mula Hilang Fokus Kerana Gila Jawatan?

Tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan telah menyaksikan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai Perdana Menteri Kelapan dengan sokongan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Muafakat Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak dan parti-parti kecil dan ahli parlimen bebas.

Aku perhati saja komen orang-orang UMNO. Ada yang mahu Presiden UMNO di bagi jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ada yang mahu si fulan di bagi jawatan sekian-sekian.

Rilekslah. Bagilah Muhyiddin bertenang kejap. Bagi dia tarik nafas hembus nafas. Bagi dia solat ishtikarah. Bagi dia peluang minta petunjuk dari Yang Memiliki Pemerintahan.

Jangan lah tamak dan gelojoh dengan jawatan.

Orang-orang UMNO ni jangan lah kemaruk sangat gilakan jawatan dalam kabinet. Pemimpin pun tak kata apa-apa, Annuar Musa cuma marah bila tengok apa yang berlaku kepada Presiden UMNO macam dipermainkan walaupun sebenarnya cuma salah faham. Miss communication kata orang.

Sekiranya tak di uruskan dgn baik,percayalah PN akan memecahkan rekod PH sbg kerajaan paling singkat!apa apa pergolakan kali ini bererti Parlimen wajib di bubarkan dan PRU MENGEJUT wajib di adakan..MUAFAKAT NASIONAL AKAN KITA PERKASAKAN DAN KAMI TIDAK LALAI DGN KUASA YG ADA SKRG

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) March 3, 2020

Bila orang-orang UMNO sibuk gilakan jawatan, perangai lama dah mula kembali. Nampak sangat orang-orang UMNO tak mahu berubah. Tak ambil pengajaran dari kejatuhan mereka.

At least pada aku, Muhyiddin nampak juga sisi agama dia. Tahu sujud syukur bila Allah bagi dia jawatan PM. Kita? Sebut alhamdulillah pun belum tentu buat.

Aku tengok orang PAS, pemimpin PAS, punya la matang depa berpolitik. Ada visi, ada misi. Tak nampak sangat gila jawatan.

Depa tak kisah pun apa orang lain nak kata pasal depa. Depa terus terang kata depa support Muhyiddin dan minta semua penyokong depa bagi beliau peluang mentadbir negara.

Penyokong UMNO? Sibuk bertegang urat, balas membalas sesama sendiri. Spekulasi sana sini, demand sana sini.

Padahal pada bila-bila masa sahaja kerajaan ini boleh runtuh. Masa tu, ada jawatan tinggi-tinggi pun tak berguna. Persepsi bahawa UMNO buruk dan teruk pun tak boleh di pulihkan.

Kekalkan Fokus Muafakat Nasional.

Fokus asal UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional hanyalah nak elakkan mudarat lebih besar dengan sokong PPBM untuk terus memerintah sehingga habis penggal.

Tak sangka pula bila dah berjaya tubuh kerajaan saya lihat, berlumba-lumba nak claim dan tuntut jawatan dan GLCs. Ahli-ahli UMNO dah mula hilang fokus mengenai tujuan asal mereka.

Paling ketara orang-orang UMNO la. Padahal yang ada ni pun bukan melalui kerjasama dalam PRU.

Tak ada apa yang nak di banggakan sangat pun. Tak usahlah demand lebih-lebih.

Kang kalau ada skandal, isu kang, Muafakat Nasional juga yang terpalit nama buruk. Tak ada sesiapa yang akan percaya kepada UMNO dah.

Sebab tu lah UMNO kena contohi PAS, kalau di bagi, ambil. Tak di bagi teruskan fokus untuk PRU15. Teruskan perjuangan untuk rakyat.

Kena ingat, hampir majoriti agensi, media, jawatan2 tertinggi dalam kerajaan masih di bawah pengaruh PH.

Berhati-hati tarik rambut dalam tepung. Jangan berselerak.

Salam perjuangan.

Pendekar Berkuda

Artikel dikemaskini pada March 6, 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KENALI PENULIS

Pemikir yang mencintai ilmu. Penulis yang sering menentang dogma pemikiran khalayak terbanyak. Penyokong kuat anti-vaksin, penyokong bumi datar, dan penyokong perpaduan ummah. Di sisi lain merupakan seorang pengendali dan pemilik rangkaian laman web dan blog.

Facebook Linkedin Instagram Twitter




BINGKISAN KATA

Surat Dari Itali - Coronavirus

Surat Dari Itali – Nasihat Dari Rakyat Malaysia Di Itali. #Covid19

March 18, 2020

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen KP19

Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Imigresen Gred KP19

March 11, 2020

UMNO Dah Mula Hilang Fokus Kerana Gila Jawatan

UMNO Dah Mula Hilang Fokus Kerana Gila Jawatan?

March 6, 2020

Mahathir Tidak Akan Tinggalkan DAP

Mahathir Tidak Akan Tinggalkan DAP. Tidak Jika Hanya Untuk Orang Melayu Dan Demi Islam.

March 6, 2020

Muhyiddin Sebenarnya Proksi Mahathir?

March 1, 2020

ULASAN

  • titan on Surat Dari Itali – Nasihat Dari Rakyat Malaysia Di Itali. #Covid19
  • PENDEKAR on Erti Merdeka
  • titan on Erti Merdeka
  • Takaful Keluarga Terbaik on Rujukan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  • Takaful Keluarga Terbaik on Erti Merdeka

DAFTAR ARTIKEL

  • March 2020 (5)
  • February 2020 (7)
  • October 2019 (3)
  • September 2019 (10)
  • August 2019 (2)

MEDIUM

Aku menulis hanya lewat aksara yang ku susun atur menjadi bait-bait kata.

KATEGORI BACAAN

  • FIKIR
  • HIDUP
  • INFORMASI
  • MUSLIM
  • REVIEW
  • RUJUKAN

HOSTING PILIHAN

Malaysia Web Hosting

Copyright © 2021 · PendekarBerkuda.Org · Hak Cipta Terpelihara