Harga Upah Design & Buat Profile Syarikat (Company Profile) Terkini di Malaysia yang perlu anda ketahui sebelum memilih designer yang betul dan tidak menjadi mangsa scammer.

Bismillahirrohmaanirrohiim. Profil syarikat merupakan antara dokumen yang amat penting kepada sesebuah syarikat dan perusahaan yang ingin berkembang. Semakin baik dan menarik sesuatu profil syarikat, semakin menyerlah syarikat anda di hadapan bakal prospek, klien atau pelanggan. Memilih penyedia servis yang baik untuk menghasilkan profil syarikat anda merupakan salah satu langkah yang awal sebelum melakukan pembayaran.
Masalah Yang Sering Terjadi Apabila Salah Memilih Designer.
Mari kita lihat masalah yang sering berlaku apabila salah memilih servis design profil syarikat yang betul :
1. Hasil Tak Sesuai Dengan Expectation
Tidak jarang kedengaran rungutan daripada pelanggan yang mengatakan bahawa ada kalangan designer company profile mereka menghasilkan profil yang jauh daripada expectation yang di harapkan. Ada yang design caca marba, penggunaan warna yang tidak tentu hala dan juga wordings dan fonts yang kacau bilau. Itu belum lagi yang menggunakan ayat-ayat copywriting dari ChatGPT atau AI.
2. Designer Tiada Pengalaman.
Majoriti designer profil syarikat tidak memiliki sebarang pengalaman dalam menghasilkan profil syarikat yang berkualiti dan memang mempunyai ciri-ciri khusus untuk kegunaan yang spesifik. Misal contohnya, profil syarikat untuk tender kerajaan berlainan dengan profil syarikat untuk mendapatkan pinjaman, profil untuk kantin berbeza dengan profil untuk syarikat pembinaan atau kontraktor. Begitu juga profil untuk pembekalan berbeza dengan profil untuk logistik mahupun oil and gas.
3. Harga Upah Design Yang Di Bayar Tidak Berbaloi.
Apabila profil syarikat yang dihasilkan tidak memuaskan hati anda, sudah pasti anda akan menyimpulkan bahawa harga yang anda bayar tidak sepadan dengan servis yang di berikan dengan erti kata lain, sungguh tak berbaloi. Jadi di situ anda telah mengalami kerugian dan juga stress kerana tidak menerima perkhidmatan yang berbaloi dengan apa yang anda dah bayar.
4. Kena Scam
Ini adalah antara risiko yang perlu di hadapi oleh anda jika salah memilih designer lebih-lebih lagi yang tidak di kenali dan menawarkan upah yang tidak masuk akal contohnya terlalu murah dari yang di tawarkan market. Kebarangkalian untuk anda di scam adalah tinggi. Jadi seeloknya buatlah pilihan yang bijak.

Pemilihan servis provider yang betul mampu mengelakkan anda daripada menghadapi masalah di atas.
Langkah Pencegahan Sebelum Memilih Designer
- Semak Portfolio Mengikut Industri : Pastikan pereka pernah mempunyai pengalaman mereka profil syarikat bagi sektor yang sama dengan perniagaan anda.
- Nilai Kualiti Penulisan (Copywriting): Pastikan servis tidak hanya merangkumi susun atur grafik, tetapi juga penulisan kandungan yang berstruktur dan relevan.
- Elak Harga Terlalu Murah : Jadikan rate pasaran sebagai tanda aras untuk mengelakkan risiko scam atau hasil kerja tangkap muat.
- Perjanjian Kerja yang Jelas : Tetapkan skop kerja, jumlah semakan (revision), dan jangka masa siap secara bertulis sebelum membuat bayaran pendahuluan.
- Minta Resit atau Invoice : Ini penting untuk kegunaan anda di masa hadapan. Juga simpan rekod transaksi untuk rujukan.

Harga Upah Design & Buat Profil Syarikat
Harga upah pereka grafik untuk menghasilkan profil syarikat (company profile) di Malaysia berbeza mengikut julat helaian, kepakaran (copywriting), serta status penyedia perkhidmatan (pereka bebas/freelancer atau agensi kreatif).
Secara amnya, anggaran kadar pasaran di Malaysia terbahagi kepada beberapa kategori :
Kategori & Anggaran Harga Upah
- Bajet / Freelancer Beginner (RM150 – RM500):
- Sesuai untuk perniagaan kecil, kedai makan, atau perkhidmatan asas.
- Biasanya merangkumi 4 hingga 8 muka surat menggunakan template sedia ada.
- Hanya menyusun grafik/layout; teks dan copywriting perlu disediakan sepenuhnya oleh anda.
- Pertengahan / Freelancer Berpengalaman & Agensi Kecil (RM600 – RM1,800):
- Sesuai untuk PKS (SME), kontraktor binaan gred awal, atau pembekal tempatan.
- Merangkumi 8 hingga 16 muka surat dengan rekabentuk tersuai (custom design).
- Termasuk suntingan teks (basic copywriting), pemilihan warna jenama, dan visual bernilai tinggi.
- Profesional / Agensi Kreatif (RM2,000 – RM5,000+):
- Sesuai untuk syarikat korporat, Oil & Gas, serta tender kerajaan berskala besar.
- Rekabentuk 100% tersuai mengikut standard piawaian industri tertentu.
- Termasuk penulisan kandungan profesional (copywriting penuh), grafik infografik tersuai, susun atur strategi jualan, dan hak cipta karya sepenuhnya.

Leave a Reply