• HOME
  • HIDUP
  • FIKIR
  • INFORMASI
  • REVIEW
  • RUJUKAN
  • PRIVACY

PendekarBerkuda.Org

SEO Specialist. SEO Company Malaysia. Internet Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . SEO Reviews

Bolehkah Mahathir Dan Anwar Di Percayai?

Kemelut politik negara menyaksikan kecelaruan dan huru-hara akibat perbuatan dua orang manusia bernama Mahathir dan Anwar. Situasi ini bukan kali pertama berlaku, malahan sejak 1998 lagi perkara ini telah berlaku sehingga menyaksikan demonstrasi yang mereka gelar ‘reformasi’.

Mahathir dan Anwar

Mahathir dan Anwar. Dua orang manusia ini telah menghuru-harakan negara sejak lama. Sampai bila kita nak biarkan?

Akibat perbuatan dua orang manusia yang kemaruk dan gila kuasa ini, negara dan rakyat terbeban dengan ulah yang mereka perbuat. Bukan setakat itu sahaja, malahan kestabilan ekonomi dan sosial turut tergugat.

Amatlah merugikan negara dan rakyat jika perkara ini berlarutan. Sebaiknya setiap dari kita membuang perasaan taksub dan fanatik terhadap individu ini. Mereka inilah penyumbang terbesar huru-hara dalam negara. Perpecahan, perseteruan, perbalahan, permusuhan.

Kerana dua individu ini, berapa banyak keluarga berpecah belah akibat perbezaan fahaman politik? Berapa banyak kemusnahan harta benda telah berlaku? Berapa banyak silaturrahim putus? Kalian sendiri tahu.

Zaman Mereka Telah Berlalu.

Benar. Zaman mereka sepatutnya telah lama berlalu. Tetapi akibat kebodohan dan kejahilan rakyat negara ini, dan ketaksuban mereka kepada dua orang individu ini, negara masih terikat dengan ulah yang mereka perbuat.

Mahathir, sejak dari zaman awal kemerdekaan lagi dia telah menghuru-harakan negara. Jika kalian tahulah untuk membaca kronologi peristiwa sejarah negara ini.

Anwar, sejak hampir 40 tahun lalu lagi dia telah menghuru-harakan negara dengan ulah yang dia perbuat.

Bukan sedikit kerosakan yang dilakukan oleh dua orang individu ini, tetapi lebih ramai yang memilih untuk menutup mata dan membutakan hati dari kebenaran yang sepatutnya mereka sebar.

Amatlah bodoh dan gila sekiranya selepas melihat kezaliman, kerosakan, dan sekian banyak kecelaruan yang di bikin oleh dua orang manusia ini, kita masih memilih untuk menyanjung mereka, memuja mereka, mengangkat mereka.

Sampai Bila?

Ya. Sampai bila negara ini harus dan wajib terikat dengan ulah dua orang manusia ini?

Sampai bila kita harus membiarkan dua orang manusia ini terus merosakkan dan menghuru-harakan negara?

Apakah kita mahu anak cucu kita mewarisi kerosakan yang telah kita lakukan terhadap negara ini? Sebuah negara yang sepatutnya aman damai dan makmur kini celaru dengan perseteruan dan permusuhan yang tak habis-habisnya.

Apalah erti merdeka sekiranya yang bakal kita wariskan kepada anak cucu kita nanti hanyalah huru hara.

Fikir-fikirkanlah.

Anwar dan Mahathir ini adalah dua orang manusia yang tidak seharusnya dipercayai dalam apa jua keadaan pun. Malahan dua orang manusia yang sepatutnya di asingkan dan di benam dari terlibat dalam kancah kepimpinan negara.

Harapan aku, semoga negara ini masih bisa mencapai apa yang sepatutnya di capai tanpa perlu terikat dengan ulah dan sengketa dua orang manusia ini.

Sudah-sudahlah kita habiskan masa terhadap Mahathir dan Anwar ini. Mereka ini tidak pernah pedulikan mengenai nasib negara mahupun rakyat. Yang mereka pedulikan adalah kuasa. Kuasa untuk mengarahkan apa sahaja mengikut kehendak mereka.

Cukup-cukuplah kita di perbodohkan, di perkotak-katikkan, di humban ke sana sini mengikut telunjuk mereka. Cukup-cukuplah jadi bodoh dan di perbodohkan.

Kalian ada akal, kalian ada otak. Sampai bila kalian nak nafikan kebenaran yang terpampang di depan mata kalian?

Aku sendiri dah muak sebenarnya melihat wajah dua orang manusia gila dan kemaruk kuasa ini.

Cukup-cukuplah percayakan mereka. Cukup-cukuplah taksub dan fanatik kepada mereka. Dalam negara ini ada berpuluh juta orang, berjuta-juta pemimpin, takkanlah tak ada satu pun yang layak untuk kita angkat sebagai pemimpin baru Malaysia?

Fikir-fikirkanlah demi masa depan negara dan generasi selepas kita.

Salam Perjuangan.

Pendekar Berkuda

Artikel dikemaskini pada February 28, 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KENALI PENULIS

Konsultan Digital Marketing. Berpengalaman luas membantu syarikat, usahawan, pemilik produk dan peniaga kecil untuk menguasai muka hadapan Google.com. Di sisi lain merupakan seorang pengendali dan pemilik rangkaian laman web dan blog. Hubungi saya untuk ketahui bagaimana saya bantu letakkan bisnes anda di halaman pertama Google. Klik Sini

Facebook Linkedin Instagram Twitter




BINGKISAN KATA

Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.

November 5, 2024

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju Setapak dan Seri Rampai

Tukang Cat Rumah Wangsa Maju, Setapak & Seri Rampai. Call 0105326157

June 8, 2024

Dunia yang semakin maju membawa petanda

Dunia Yang Semakin Maju Membawa Petanda

February 22, 2024

Tukang Bina, Renovate dan Baiki Rumah Gombak

Tukang Rumah Gombak – Khidmat Upah Bina, Renovate & Baiki Rumah Pada Harga Berbaloi

September 20, 2023

Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames

March 31, 2023

ULASAN

  • HeloMedik on Faktor Kenaikan Berat Badan Yang Memang Tak Di Jangka.
  • azam on Bermain Games Sambil Belajar Mengurus Duit Di MoneyGames
  • Adi Channel on Bermain Catur Mampu Merangsang Otak.
  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia
  • Pendekar on 15 Kesan Pengambilan & Kebaikan Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia

MEDIUM

This is a blog by me from me for the readers. I blog what I want you to reads. Not otherwise.

KATEGORI BACAAN

  • BISNES
  • FIKIR
  • HIDUP
  • INFORMASI
  • MUSLIM
  • REVIEW
  • RUJUKAN

HOSTING PILIHAN

Malaysia Web Hosting

Copyright © 2025 · PendekarBerkuda.Org · Hak Cipta Terpelihara