Bismillah.
Artikel kali ini mungkin berat bagi sesetengah orang untuk memahaminya. Saya cuba untuk menulis seringkas mungkin bagi membolehkan anda faham apa yang cuba saya kongsikan.
Dalam status facebook saya baru-baru ini di mana saya telah mengkritik artikel The Patriots mengenai pendaratan ke bulan. (Rujuk artikel mereka : Benarkah Manusia Pernah Mendarat di Bulan?)
Maka berbondong-bondonglah admin dan editor The Patriots mula menyerang saya kerana mengkritik mereka di wall saya sendiri. Mereka mula printscreen status saya dan mulalah menunjukkan kebijaksanaan mereka dalam hujah-hujah mereka.
Belum termasuk mereka mula bertanya kepada saya mengenai bermacam-macam perkara dengan harapan bahawa saya akan melakukan kesilapan dalam menjawab persoalan yang mereka bangkitkan. Bila saya langsung tidak menjawab segala apa yang mereka provokasikan, mereka mula merendah-rendahkan saya dengan berkata tentang saya hanya belajar melalui Youtube, Google, dan lain-lain.
Walhal sebenarnya apa yang mereka paparkan di laman web mereka tidak lain tidak bukan hanyalah artikel-artikel yang mereka temui di internet. Tetapi mereka tak mengizinkan orang lain mempertikaikannya. Kerana mereka sentiasa betul. *Sigh*.
Berbalik kepada tajuk, Apakah The Patriots sebenarnya pembawa agenda Dajjal? Mari kita fikirkan sama-sama. Itupun jika anda adalah seorang yang mahu berfikir dan menggunakan “anugerah teragung” yang di kurniakan oleh Allah kepada manusia.
Apakah anugerah teragung itu? Itulah kurniaan ALLAH yang tidak langsung di berikan kepada Malaikat mahupun Iblis. Anugerah “AKAL”, “INTELEKTUALITI”, “KEBIJAKSANAAN”, “FIKIRAN”. Sehinggakan Allah memerintahkan para malaikat untuk “sujud” kepada Adam ‘alaihissalam. Jadi saya mohon untuk anda berfikir sebelum terus membaca. Jika anda tidak mampu berfikir, maka hentikan bacaan anda cukup setakat ini. Sungguh!
===========================
SEJARAH YANG DI LESAPKAN
===========================
1. Dajjal adalah satu makhluk Allah yang bijak melakukan tipu daya. Dia boleh manjadikan air itu api dan api itu air semahu dan sesuka hatinya. Bagaikan magis.
2. Bagaimana dia melakukannya? Melalui pandangan yang zahir yang mudah tertipu. Apa itu pandangan zahir? Pandangan ini adalah pandangan yang biasa anda guna melalui bebola mata anda.
3. Pandangan zahir inilah yang melihat sesuatu sebagai fakta. Walhal ia hanyalah satu buatan yang belum tentu benarnya. Misal contohnya seni visual. Di mana sesuatu itu nampak real dan benar walaupun sebenarnya adalah palsu.
4. Dajjal bijak menggunakan kaedah ini untuk memperdaya manusia sehinggakan manusia boleh mempercayai kewujudan makhluk-makhluk dari angkasa lepas mahupun dari tempat-tempat lain yang alQuran tidak pernah sekalipun menyebutkan mengenainya.
5. Untuk mendapatkan info mengenai sesuatu yang seperti ini, anda boleh mengkaji mengenai “Blue Beam Project”. Anda pasti akan mengetahui banyak perkara yang di sandarkan kepada seni visual. Andaikan saja anda tahu. Tidak perlu berkongsi dengan orang lain. Simpan untuk anda sendiri kerana saya khuatir anda juga akan mengalami situasi yang sama seperti saya.
6. Jika anda mahu mengetahui kebenaran, carilah di celah-celah runtuhan empayar di seluruh dunia ketika Tentera-Tentera Dajjal ini mengembara, memerangi, menakluki dan menguasai seluruh dunia dalam era apa yang mereka namakan sebagai imperialisme.
7. Janganlah pelik sekiranya anda menemui banyaknya kitab-kitab dan makalah-makalah ilmu yang mereka telah rampas dan musnahkan. Jangan juga pelik banyaknya kapal-kapal di karamkan di tengah lautan. Jangan hairan banyaknya gudang-gudang ilmu dan perpustakaan di bakar. Kerana untuk mewujudkan sebuah dunia baru, “New World Order“, mereka perlu memusnahkan ilmu pengetahuan.
8. Kerana itulah pengetahuan kita zaman kini, semuanya berpunca dari mereka. Berasal dari mereka, tokoh-tokoh ilmu juga di dapat dari mereka. Nama-nama yang di pilih oleh mereka untuk di angkat sebagai tokoh. Jika anda fikir semua itu memang fakta sejarah, fikirkan semula.
9. Sejarah ini telah banyak di lesapkan. Mewujudkan sebuah generasi yang hanya percaya apa yang ia dengar tanpa melakukan kajian lanjut. Bertentangan dengan apa yang di sebut dalam Surah Al-Huujurat ayat 6 di mana Allah berfirman ;
.
9. Apabila generasi sudah tidak lagi mengamalkan ayat ini dengan sebenar-benar pemahaman, maka apa sahaja berita yang datang daripada orang-orang kafir, fasik, munafik dan sebagainya mereka akan lebih mudah untuk percaya.
10. Ketahuilah bahawa Allah telah menetapkan garis panduan buat umat Islam untuk hidup apabila berhadapan dengan orang-orang yang bukan Islam. Maka berhati-hatilah apabila mendengar perkhabaran daripada mereka. Selidikilah dahulu kebenaran. Bukannya percaya buta-buta.
.
Berbalik kepada tajuk “The Patriot Pembawa Agenda Dajjal”. Pendirian saya masih lagi kekal apabila penulis-penulisnya terus menulis dan menulis dan menulis maklumat yang di sampaikan dari lidah-lidah kafir tanpa melakukan kaji selidik sama ada berita itu benar ataupun palsu.
Malahan mereka juga dengan tanpa rasa bersalah gembira untuk mengongsikannya.
Jika anda benar-benar seorang Muslim yang beriman kepada ALLAH dan hari akhir, hendaklah anda pegang ayat 6 Surah al-Hujuurat di atas dengan menggigit gigi geraham. Maksudnya, tanpa sebarang persoalan.
Saya harap anda bukan sebahagian daripada mereka yang menjadi pembawa agenda Dajjal. Tipu dan terus menipu umat manusia.
====================
====================
Leave a Reply