Pesanan Korban Secara Online – Untuk Hari Raya Aidil Adha 2017. Sempena hari raya Aidil Adha ini. Maka, marilah kita beramal dan berkongsi rezeki yang telah dikurniakan kepada kita… semoga dengan kemurahan hati kita untuk memberi… Kita akan di beri balasan rezeki yang lebih baik nanti… Amin…Jom Pesan Korban Secara Online…
.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
.
Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam hanya makan daging setahun sekali.
.
eQurban.com menyediakan program Korban di seluruh Malaysia dan negara-negara Muslim terpilih termasuk di Makkah dengan kos yang sangat berpatutan iaitu bermula dari RM400 hingga RM570 untuk satu bahagian lembu atau RM2800 untuk satu ekor lembu atau RM500 untuk seekor kambing. Pesanan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutup 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha.
.
Cara pesanan Korban Secara Online :
1. Lawati website @ eQurban
2. Klik Tempah pada mana-mana paparan yang ada.
3. Sebelum terus isi borang, bank in dahulu nilai yang anda mahu bayar dengan memilih jenis korban sama ada lembu atau kambing. Dan lokasi korban ada di Malaysia ataupun luar negara. Bank in jumlah tersebut ke akaun di bawah.
Nota : Anda juga boleh abaikan langkah ini dengan mengisi borang terlebih dahulu.
4. Selepas itu anda akan di bawa ke bahagian borang tempahan. Silakan isi borang. Jika ada sebarang pertanyaan berhubung cara isi borang boleh terus Whatsapp no ni +60179772303.
Firman ALLAH SWT yang ertinya,
“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
eQurban.com menyeru kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan 1Dunia untuk mengeluarkan hanya RM400 atau kira-kira USD95 nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban yang insyallah ganjarannya syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang RM400.
Kepada yang ada masalah peribadi, masalah kewangan dan berbagai masalah kehidupan pejamkan mata selok saku keluarkan wang RM400 dan laksanakan ibadah korban sambil berniat seikhlasnya untuk dapat redha ALLAH SWT, insyallah ALLAH SWT akan tunjuk jalan untuk menyelesaikaan masalah yang ada.
.
Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT berkorban setiap tahun mengapa tidak kita kalau benar kita sayangkan Baginda. Mari kita semua berazam untuk melaksana ibadah korban 1 keluarga 1 bahagian tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT. Semakin sukar kita mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban semakin tinggi nilai pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT dan semakin tinggi makam ibadah yang kita laksanakan.
Nota : Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di Malaysia dan seluruh dunia melalui eQurban.com.
Baca : Bagaimana Melaksanakan Ibadah Korban & Aqiqah Melalui Wakil.
.
Banyak iklan. Ini mesti RM..
Salam Aidiladha PB.. semoga Allah sentiasa memberkati semuanya.. aamiin. Salam berblogging 🙂