Pendekar Berkuda

SEO Specialist. Pakar SEO Company Malaysia. SEO Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . Business Review.

  • HOME
    • ABOUT
    • HUBUNGI
  • BLOG
  • REVIEW
  • TIPS
  • INFORMASI
  • BIODATA

Tutorial Cara Setting, Setup & Pasang Instant Article Untuk Blog Atau Website.

Ditulis oleh Pendekar Berkuda pada August 14, 2017


Tutorial Cara Setting, Setup & Pasang Instant Article Untuk Blog Atau Website. Caranya sangat mudah jika tahu bagaimana nak pasang. Untuk tutorial ini, saya akan kongsikan bagaimana cara pasang Instant Article dengan mudah.

Instant Article yang di miliki oleh Facebook adalah salah satu medium baru yang berguna untuk meningkatkan jumlah engagement kepada laman web kita.

.


Abaikan soal statistik data dan trafik. Apa yang penting adalah instant article ini boleh membantu kita meningkatkan jumlah pelawat dan memudahkan pembaca kerana ianya lebih laju, lebih ringan dan sudah pasti lebih di sukai berbanding dengan paparan biasa.

Di samping itu, ianya juga boleh mendatangkan sumber pendapatan kepada pemilik blog dan laman web. Jadi apa yang saya kongsikan di sini adalah tutorial bagaimana nak pasang instant article cara mudah. Bukan advance. Tapi basic. Nak advance kalu, sila buat sendiri. Haha.

Oh ya. Artikel ini adalah tutorial cara setup dan pasang Instant Articles untuk blog pada platform WordPress. Jika blog anda di platform selain daripada itu, ia tak boleh di gunakan. Harap maklum.

Amaran : Sila deactivate plugin SEO Yoast mahupun SEO Ultimate di blog WordPress anda dahulu!

Langkah Awal Pemasangan Instant Article FB. (Fanpage + Smartphone)

1. Pastikan anda memiliki Fanpage Facebook untuk laman web anda. Jika tak ada, silakan Create Page satu untuk laman web anda. Jika anda dah ada fanpage tak kiralah yang nama sama dengan blog atau page, ataupun nama lain tapi likers ramai, boleh juga guna yang sedia ada tu.

2. Silakan download dan install Facebook Page Manager for Android / iOS.

3. Daftar dan Sign-Up untuk Facebook Instant Articles di sini > Daftar IA. Tekan “Sign Up” dan anda akan di bawa terus ke maklumat page yang wujud untuk akaun facebook anda. Pilih page yang anda mahu gunakan untuk setup instant articles. Untuk blog ini saya gunakan fanpage PendekarBerkuda dot Org.

4. Tick pada Page yang anda mahu guna. Scroll ke bawah dan tick pada Agreement dan tekan button “Access to Instant Articles Tools”. Anda akan nampak popup seperti ini keluar nanti.

 

5. Selepas tekan button Continue, anda akan di bawa ke bahagian Publishing Tools Instant Articles untuk blog anda. Jangan buat apa-apa lagi. Biarkan sahaja dulu. Untuk berjaga-jaga, Publishing Tools Instant Articles terletak di dalam cetakan layar di bawah ini.

 

Install Plugin Instant Articles for WP di Blog / Laman Web. (Blog)

6. Pergi ke blog WordPress anda, Klik plugin, kemudian tambah plugin, “Add New“. Cari plugin dengan nama “Instant Articles for WP” dari Automattic, Dekode, Facebook. Install plugin tersebut. Tutorial Cara Setup & Pasang Instant Article Untuk Blog Atau Website.

 

7. Pada bahagian bawah sidebar Dashboard WP anda akan keluar tab Instant Articles dengan icon logo Facebook. Klik situ untuk setting. Anda akan nampak paparan seperti di bawah.

 

Hubungkan Fanpage & Laman Web atau Blog. (Fanpage + Blog)

8. Okay. Langkah seterusnya perlukan pembacaan yang teliti. Jadi silakan baca dengan teliti dan pastikan tiada kesilapan berlaku.

9. Sekarang ini anda akan menghubungkan fanpage dengan laman web atau blog anda untuk memasang instant articles. Jadi silakan pergi ke Publishing Tools Instant Articles. Akan mendapat paparan seperti di bawah.

 

10. Scroll ke bawah atau klik pada link “Authorize your site“. Anda akan di bawa kepada ruangan mengisi maklumat laman web anda. Anda perlu isi maklumat dengan betul. Copy nombor ID Page anda dan kemudian paste-kan di ruangan kosong pada plugin “Instant Articles for WP” yang baru saja anda install di blog sebelum ini.

 

Gambar di bawah adalah cara mengisinya. Masukkan no ID page anda pada ruangan “Facebook Page ID” yang terdapat di plugin tersebut.

 

11. Pada bahagian Appearance, isikan “Article Style” sebagai “default“. Copyright pula bertindak sebagai footer bagi instant articles blog anda. Selepas anda isi maklumat tersebut, klik pada button “Claim URL” yang terdapat di page anda seperti dalam gambar langkah no. 10.

.

Mengubahsuai Reka Letak Instant Articles. (Design di Page Facebook)

12. Selepas anda claim url anda, langkah seterusnya adalah mengubahsuai rekaletak atau template bagi instant articles blog anda. Dalam style editor ini, kita wajib masukkan logo. Jika tak letak logo nanti akan keluar warning.

Cara nak akses Style Editor adalah ianya berada di bahagian Tools bawah “Connect Your Site”

 

Bila dah letak logo, yang lain-lain tu boleh abaikan untuk sementara waktu. Anda boleh ubah suai ikut suka hati anda lain kali.

 

Production RSS Feed. (Fanpage)

Langkah seterusnya adalah “Production RSS Feed” yang mana bakal membolehkan artikel blog anda berada di dalam facebook Instant Articles sebelum di publish. Tutorial Cara Setup & Pasang Instant Article Untuk Blog Atau Website.

Production RSS Feed ini penting untuk membolehkan setiap kali link artikel blog anda di share di Facebook, ia secara automatik menjadi Instant Articles.

Cara setup production RSS feed adalah hanya dengan menambahkan “/instant-articles” di penghujung feed blog anda. Misal contohnya feed blog ini adalah “http://pendekarberkuda.org/feed/” untuk menjadikannya instant articles feed, saya hanya perlu menambahkan “/instant-articles” di penghujungnya seperti dalam gambar di bawah ini.

 

Selepas anda klik button “Save“. Artikel blog anda akan secara automatik di indeks oleh FB dan diterjemahkan kepada instant articles. Anda boleh melihatnya di Facebook Page Manager Apps di smartphone anda. Cara nak lihat adalah, klik page anda. Kemudian pada bahagian bawah paling kanan di mana ada tiga titik berangkai […], anda klik di situ dan scroll ke bawah sehingga anda jumpa tab Instant Articles.

Jika RSS Feed anda tiada masalah, instant articles anda juga tidak akan mempunyai masalah warning atau error.  Jika terdapat sebarang masalah silakan komen di ruangan yang di sediakan di bawah.

Paparan ini juga anda boleh lihat di tab “Production Articles” di bawah tab “Configuration” di fanpage anda versi desktop. Minimum paparan artikel adalah 10 artikel. Jika tiada sebarang masalah dengan RSS Feed, artikel anda boleh di paparkan lebih banyak daripada itu.

.

Submit Review Instant Articles Anda.

Sekiranya sudah selesai setup instant articles anda. Jika tiada masalah dengan semua langkah-langkah di atas. Anda sudah boleh Submit Review. Anda hanya perlu tekan button “Submit Review” seperti dalam cetakan layar di bawah ini.

Kebiasaannya ianya mengambil masa selama 1-3 hari. Namun paling cepat ianya di luluskan adalah dalam masa 1-3 jam bergantung kepada keadaan.

Oleh kerana anda menggunakan WordPress Plugin untuk instant articles, secara automatik, semua artikel baru anda akan di tukarkan kepada instant articles sekiranya lulus review.

Namun perlu di ingat bahawa, ianya tidak bermaksud bahawa instant articles anda terus di publish di fanpages anda. Anda perlukan third party apps seperti Hootsuites, dlvr.it dan sebagainya jika anda mahukan ianya di publish secara automatik di fanpages.

.

 

Penutup Tutorial Cara Setting & Pasang Instant Article Untuk Blog Atau Website.

Nah. anda sudahpun selesai setup dan pasang facebook instant articles untuk blog / web WordPress anda. Jika ada sebarang pertanyaan ataupun ada yang tak faham, silakan bertanya di ruangan komen.

Semoga apa yang saya kongsikan ini memudahkan blogger yang nak dapatkan instant articles untuk blog mereka.

Salam perjuangan.

  • Tutorial Cara Pasang & Setting Facebook Audiences Network di Blog

.

 

Bacaan Berkaitan :

  • Tutorial Cara Setup & Pasang Facebook Audiences…
  • Tutorial Cara Daftar Payment Untuk Facebook Instant Article
  • Pemasaran Melalui Blog Atau Website. Di Mana Kebaikannya?
  • Cara Nak Ringankan Dan Lajukan Blog / Website

Filed Under: BLOG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Beli Tasbih Digital Picit-Picit Tekan-Tekan Online

PENDEKARBERKUDA

Pendekar Berkuda PB Consultant
Professional Blogger. Membaca dan Menulis Adalah Kegemaran Saya.

Recent Posts

  • Testimoni Kopi Ali Super Power Yang Terbukti Berkesan
  • Tempahan Homestay Murah di Johor Bahru Yang Murah Dan Selesa
  • Bilakah Matahari Akan Terbit Dari Barat?
  • Keadilah Untuk Adib : “Muhammad Adib Datang Kuil Bukannya Mahu Mencetuskan Rusuhan” – Netizen
  • Kulit Lelaki Tak Sama Dengan Kulit Perempuan. Berhentilah Sanjung Pondan.

Artikel Berkaitan

  • Tutorial Cara Setup & Pasang Facebook Audiences…
  • Tutorial Cara Daftar Payment Untuk Facebook Instant Article
  • Pemasaran Melalui Blog Atau Website. Di Mana Kebaikannya?
  • Cara Nak Ringankan Dan Lajukan Blog / Website
  • 1MDB Dan RM2.6 Billion – Fakta Atau Auta
  • Alkisah Permission Atau Kebenaran Mengakses
  • Compressor Aircond Besar Atau Kecil
  • Demokrasi Atau Khilafah? Yang Mana Satu Pilihan Anda?
  • Automatic Service Ping Entry Untuk WordPress Blog
  • Cara Buat Blog Bahasa Inggeris.

Kata Kunci

  • JAMU DARA KENCANG
  • duit bantuan oku 2019 tarikh pembayaran
  • duit bantuan JKM 2019 tarikh pembayaran
  • cara hilang gatal di punggung
  • harga tayar michelin 2019

Copyright © 2019 PendekarBerkuda® · All Rights Reserved · | Rujukan PTD ·