Pendekar Berkuda

SEO Specialist. Pakar SEO Company Malaysia. SEO Marketing & Keywords Branding Expert. SEO Consultant . Business Review.

  • HOME
    • ABOUT
    • HUBUNGI
  • BLOG
  • REVIEW
  • TIPS
  • INFORMASI
  • BIODATA

Sultanah-Sultanah Johor Moden Dalam Sejarah Yang Perlu Anda Tahu. Fakta Ini Pasti Akan Mengejutkan Anda.

Ditulis oleh Pendekar Berkuda pada July 20, 2017


Sultanah-Sultanah Johor Moden Dalam Sejarah Yang Perlu Anda Tahu. Fakta Ini Pasti Akan Mengejutkan Anda. Setiap pemerintahan negeri beraja Islam sudah pasti akan memiliki Sultan dan Sultanah mereka sendiri. Tak terkecuali dengan Johor.

Berikut adalah senarai Sultanah Johor sejak dari ketika Temenggung Abu Bakar mengambil alih kuasa daripada keturunan Bendahara terakhir Johor dengan sokongan British pada tahun 1885. Sebelum itu baginda telah mengisytiharkan dirinya sebagai Maharaja Johor pada 1868.

Senarai ini hanyalah senarai bagi Sultanah-Sultanah Johor dari tahun 1886 sehingga tahun 1959. Iaitu di waktu pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar dan pewarisnya Sultan Sir Ibrahim. Kerana kedua-dua Sultan Johor ini mempunyai ramai isteri. Terutamanya Sultan Ibrahim yang telah berkahwin sebanyak enam kali dalam seumur hidupnya.


.

Sultanah Fatimah, Sultanah Johor 1886-1891

Sultanah Fatimah adalah isteri ketiga bagi Sultan Johor, Maharaja Sir Abu Bakar Temenggung Daeng Ibrahim. Baginda berketurunan Cina Kantonis. Nama sebenarnya adalah Wong Ah Gew sebelum bertukar kepada Fatimah selepas memeluk Islam. Baginda bernikah pada Disember 1885 dan di mahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 8 Julai 1886 oleh baginda Sultan Abu Bakar. Perkahwinan baginda di kurniakan seorang puteri, Tunku Azizah.

Baginda mangkat pada 24 Februari 1891 di Istana Tyersall di Singapura. Di makamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru. Sultanah-Sultanah Johor Moden Dalam Sejarah.

Sultanah Khadijah Hanem, Sultanah Johor 1894-1895

Sultanah Khadijah adalah isteri keempat Sultan Abu Bakar Johor. Nama sebenar baginda adalah Khadijah Hanem berketurunan Cirassian, terletak di bahagian tenggara Caucasus, Turki, iaitu keturunan yang paling banyak menjadi tentera dan pakar peperangan. Baginda Sultan Abu Bakar menikahi Sultanah Khadijah dalam lawatannya ke Empayar Turki Uthmaniah pada 1893.

Baginda menjadi Sultanah hanya selama satu tahun di sebabkan oleh kemangkatan baginda Sultan Abu Bakar. Sultan Abu Bakar kemudiannya di gantikan oleh puteranya, Sultan Ibrahim yang merupakan anakanda Sultan Abu Bakar bersama isteri pertamanya, Ungku Chik Tun Mutahir Bendahara Pahang. Sultan Johor Moden ke 2.

Pernikahan mereka dikurniakan seorang seorang puteri, Tunku Fatimah. Sultanah Khadijah dilaporkan mangkat pada Februari 1904.

.

Sultanah Maimunah Ungku Abdul Majid, Sultanah Johor 1895 – 1909.

Sultanah Maimunah adalah Sultanah ketiga dalam kerajaan Johor Moden. Baginda merupakan anak kepada Ungku Abdul Majid Temenggung Daeng Ibrahim. Iaitu adik beradik sebapa dengan Sultan Sir Abu Bakar. Sultanah Maimunah bernikah dengan sepupunya, Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar pada 1892. Di mahkotakan sebagai Sultanah pada 1895.

Baginda merupakan ibunda kepada Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Mengikut rekod, baginda meninggal dunia pada 1909 pada usia yang amat muda iaitu 33 tahun. Tiada sebarang rekod bagaimana baginda meninggal dunia. Sultanah-Sultanah Johor  Moden Dalam Sejarah.

Gambar Bawah : Isteri-isteri Sultan Ibrahim. Dari kiri, Sultanah Maimunah, Sultanah Rogayah, Sultanah Helen dan Sultanah Fawzia.

.

Sultanah Roqayah, Sultanah Johor 1920 – 1926

Tiada maklumat rasmi mengenai siapakah Sultanah Rogayah (Ruqaiyah) yang sebenar. Tiada maklumat mengenai nama penuhnya. Yang ada rekod hanyalah bahawa baginda berasal dari India. Dilahirkan pada 8 September 1880.

Bernikah dengan Sultan Ibrahim pada 1897 pada usia 17 tahun. Perkahwinan baginda dengan Sultan Ibrahim di kurniakan seorang putera, Baginda mempunyai seorang putera iaitu Tunku Haris Abu Bakar Ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang dilahirkan pada 17 Februari 1898.

Sultanah Rogayah dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada tahun 1920. Baginda mangkat pada 8 Mac 1926 pada usia 46 tahun. Dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru.

.

Sultanah Helen Ibrahim , Sultanah Johor 1931-1938

Sultanah Helen (baca : Helen binti Abdullah)merupakan isteri ke 5 daripada 6 orang isteri Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Nama sebenar baginda adalah Helen Bartholomew berasal dari Glasgow, Scotland dan merupakan janda kepada William Brockie Wilson, doktor peribadi kepada Sultan Ibrahim yang telah meninggal dunia di Johor.

Berkahwin dengan Sultan Ibrahim pada secara pendaftaran di Pejabat Pendaftar Prince’s Row, London, pada 15 Oktober 1930 sebelum ke Masjid Surrey untuk upacara akad nikah. Baginda merupakan wanita Inggeris pertama yang ditabalkan sebagai Sultanah di Johor. Perkahwinan baginda dengan Sultan Ibrahim tidak dikurniakan sebarang cahaya mata.

Sultanah Helen bagaimanapun bercerai dengan Sultan Ibrahim pada 1938 dengan talak 3. Selepas di ceraikan, baginda memakai gelaran Lady Helen Ibrahim dan kembali ke tempat asalnya. Baginda di laporkan meninggal dunia pada usia 88 tahun di sebuah rumah jagaan di Surrey pada 1977. Sultanah-Sultanah Johor Dalam Sejarah.

Gambar Bawah : Sultanah Helen bersama Sultan Ibrahim

Sultanah Fawzia Marcella, Sultanah Johor (1955-1959)

Sultanah Fawzia Marcella Abdullah merupakan Sultanah Johor yang menggantikan Sultanah Helen Ibrahim. Baginda merupakan isteri Sultan Ibrahim yang keenam. Sultanah Fawzia dilahirkan di negara Jerman sebagai Marcella Mendel. Beliau ialah anak perempuan Edgar Mendel dari Romania. Berkahwin di Caxton Hall Register Office, London pada 6 November 1940, dan dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 17 September 1955.

Baginda lebih di kenali sebagai Lady Marcella of Johore. Penampilan baginda tidak menunjukkan bahawa baginda seorang Sultanah yang mewakili sebuah negara umat Islam seperti Johor. Baginda sering mengenakan persalinan yang sering di pakai oleh Ratu-ratu di Eropah.

Hasil perkahwinan di antara Sultanah Fawzia dengan Sultan Ibrahim, baginda berdua di kurniakan seorang puteri yang di berikan nama Tunku Miriam ibni Almarhum Sultan Ibrahim yang dilahirkan di London pada 18 September 1950. Tunku Mariam meninggal dunia di Florida pada 3 Julai 2014.

Sultanah Fawzia Marcella mangkat pada 1 Jun 1982 di Grosvenor House, London. Jenazah baginda dikebumikan di Makam Sultan Abu Bakar atau dikenali sebagai Makam Diraja Mahmoodiah, di Johor Bahru, Johor. Sultanah-Sultanah Johor  Moden Dalam Sejarah.

Gambar bawah : Sultan Ibrahim bersama Tunku Mariam dan Sultanah Fawzia Marcella.

Sedikit Dapatan Kajian Mengenai Sultanah-Sultanah Johor Dalam Sejarah.

Hasil dapatan kajian saya mengenai Sultanah-Sultanah Johor Darul Takzim, saya boleh menyimpulkan bahawa daripada enam orang Sultanah Johor di atas, hanya seorang sahaja keturunan Melayu itupun keturunan Bugis. Yang selebihnya adalah keturunan bangsa-bangsa asing baik Cina, India, Turki, dan Eropah.

Tiada satupun Sultanah Johor Moden keturunan Melayu tulen dalam senarai di atas. Keturunan kerabat diraja Johor Darul Takzim kini adalah keturunan Bugis bercampur aduk dengan bangsa-bangsa Eropah dan lain-lain. Almarhum Sultan Sir Ibrahim sendiri dikenali sebagai Sultan Anglophile. Menurut Wikipedia, “Anglophile” adalah istilah bagi seseorang yang sangat memuja dan meminati rakyat, budaya dan adat resam Inggeris.

Untuk artikel seterusnya, saya akan berkongsi mengenai Sultanah-Sultanah Johor Dalam Sejarah (Permaisuri Sultan Ismail dan Sultan Iskandar.) dari tahun 1959 hingga 2010.

.

Rujukan :

  1. http://www.mix-d.org/museum/timeline/helen-bartholomew-and-the-sultan-of-johore
  2. http://puteralapismahang.blogspot.my/2015/02/023-sultan-johor-2-sultan-ibrahim-i-al.html
  3. http://wzwh.blogspot.my/2015/06/sejarah-bangsa-johor-empayar-politik.html
  4. http://kesultananjohor.blogspot.my/2011/01/wanita-inggeris-pertama-menjadi.html
  5. http://warisanpermaisuri.blogspot.my/2013/02/permaisuri-bukan-dari-kalangan-wanita.html
  6. https://en.wikipedia.org/wiki/Ibrahim_of_Johor
  7. https://en.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_of_Johor
  8. https://ms.wikipedia.org/wiki/Anglofilia

 

 

Bacaan Berkaitan :

  • Kenapa Kerajaan Pakatan Harapan Mahukan Majoriti…
  • eBook Panduan Menternak Kambing. Ternakan Kambing Moden
  • Kisah Lelaki Kembar Siam Yang Tertua di Dunia Ini…
  • ADAM50 : Zeti Aziz Ingat Kelahiran Dalam Malaysia…

Filed Under: INFORMASI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Beli Tasbih Digital Picit-Picit Tekan-Tekan Online

PENDEKARBERKUDA

Pendekar Berkuda PB Consultant
Professional Blogger. Membaca dan Menulis Adalah Kegemaran Saya.

Recent Posts

  • Testimoni Kopi Ali Super Power Yang Terbukti Berkesan
  • Tempahan Homestay Murah di Johor Bahru Yang Murah Dan Selesa
  • Bilakah Matahari Akan Terbit Dari Barat?
  • Keadilah Untuk Adib : “Muhammad Adib Datang Kuil Bukannya Mahu Mencetuskan Rusuhan” – Netizen
  • Kulit Lelaki Tak Sama Dengan Kulit Perempuan. Berhentilah Sanjung Pondan.

Artikel Berkaitan

  • Kenapa Kerajaan Pakatan Harapan Mahukan Majoriti…
  • eBook Panduan Menternak Kambing. Ternakan Kambing Moden
  • Kisah Lelaki Kembar Siam Yang Tertua di Dunia Ini…
  • ADAM50 : Zeti Aziz Ingat Kelahiran Dalam Malaysia…
  • Kenapa Najib Razak Tak Tahu Duit 1MDB Masuk Dalam Akaunnya?
  • Sejarah Menara Pencakar Langit Dan Mahathir Iskandar Kutty
  • 1MDB Dan RM2.6 Billion – Fakta Atau Auta
  • Bilakah Matahari Akan Terbit Dari Barat?
  • Sifu Forex Malaysia Ini Berkongsi Mengenai Apa Yang…
  • Bila Hati Berbicara Dalam Diam.

Kata Kunci

  • colgate untuk tahan lama
  • harga tayar kereta continental 2018
  • pergi shah alam naik ktm
  • harga tayar michelin
  • handphone tidak boleh on

Copyright © 2019 PendekarBerkuda® · All Rights Reserved · | Rujukan PTD ·