Kerajaan Tak Semestinya Baik.
Bismillah.
Benar tak semua apa yang kerajaan lakukan itu baik.
.
Tetapi selagi kita berada dalam kerajaan. Kita masih boleh mencadangkan penambahbaikan. Renovation kata pemilik rumah.
.
Misal contoh, sewaktu harga minyak di apungkan dan harganya di letakkan pada kadar 1 bulan sekali. Rafizi Ramli telah bising2 dan mencadangkan supaya harga minyak di tentukan seminggu sekali.
.
Sekarang ini harga minyak telah di tentukan 1 minggu sekali. Maka ia menjadi bukti bahawa kerajaan sedia menerima pandangan untuk penambahbaikan. Bukan tolak mentah2 cadangan.
.
.
Walaupun hakikatnya 1 bulan sekali atau 1 minggu sekali. Harga minyak sama ada naik atau turun tetap akan menjadi isu rakyat yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
.
.
Tetaplah menjadi rakyat yang bersama-sama kerajaan untuk masa depan yang lebih baik daripada bersama2 kelompok gila kuasa yang hanya menjanjikan bulan dan bintang kepada anda. Tetapi apabila mereka mendapatnya, mereka memungkiri janji.
.
Bukan semua yang kita hendak kita boleh dapat. Kadangkala yang kita hendak itu ada orang lain yang perlukannya terlebih dahulu.
.
Mungkin Allah tak beri kita lagi apa yang kita hendakkan itu. Mana tahu di masa yang lain Dia akan berikan kita sesuatu yang lain yang lebih baik.
.
Siapa tahu kan?
.
Jadi belajarlah untuk bersabar dengan segala kekurangan yang kita ada. Belajar untuk menerima hakikat bahawa apa yang kita miliki ini sudah mencukupi untuk kita.
.
Jika ada yang belum cukup itu, berusahalah untuk cukupkan. Mana tahu nanti Allah akan lebihkan pula di suatu waktu yang lain.
.
.
PB.
.
Leave a Reply