Siapa Mat Dan Kaki Jalan? Biodata Lelaki Mat Salleh Yang Fasih Berbahasa Terengganu | Mat Dan (kelahiran Daniel Tyler, 1990) merupakan seorang pengembara dan pengacara kelahiran England dan sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2009.
Dia mula menetap Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas. Beliau juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel Abdullah. Beliau dikenali kerana kefasihan beliau bertutur dialek Terengganu dengan cukup baik. Kini, beliau lebih dikenali dalam rancangan TV berkenaan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang bertajuk Haramain Backpackers – Trans Siberian.
Apa pun, saya bukanlah peminat tegar Mat Dan Kaki Jalan ni. Tetapi saya menyukai cara dia beradaptasi dan berasimilasi dengan persekitaran. Orang-orang yang sebegini adalah satu kelainan. Menimbulkan kekaguman. Bukan semua orang boleh jadi macam dia.
13 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Mat Dan Kaki Jalan.
Maklumat ini saya dapatkan dari blog HasrulHassan.Com. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat mengenai Mat Dan Kaki Jalan ya.
- Nama sebenar Mat Dan ialah Daniel Tyler. Berusia 27 tahun (Lahir 1990).
- Bapanya yang merupakan ahli perniagaan bernama Kevin, 53, dan ibu Nicol, juga 53, telah beberapa kali ke Malaysia bagi melawat anak mereka.
- Daniel Tyler berasal dari Bristol, England. Pertama kali jejak Malaysia pada tahun 2009, ketika berusia 19 tahun selepas menyelesaikan Advanced Subsidiary level.
- Mengembara ke Asia Tenggara, sehingga akhirnya terpikat dengan keindahan di Pulau Kapas. Beliau sebelum itu mengembara ke Thailand, kemudian Laos sebelum ke Pulau Perhentian, yang akhirnya beliau ambil keputusan untuk menetap di Pulau Kapas selama lebih 6 tahun.
- Daniel Tyler telah memeluk agama Islam. Beliau tukar nama menjadi Kareef Daniel Abdullah. Sekarang anda tahu daripada mana datangnya Mat Dan (Mat Daniel).
- Mat Dan merancang untuk berkahwin pada tahun 2016, dan identiti wanita tersebut masih lagi menjadi misteri. Baca : Mat Dan Kaki Jalan Dah Kahwin Dengan Pramugari.
- Mat Dan juga merancang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Biologi Marin.
- Sebab utama kenapa Mat Dan menetap di Malaysia adalah disebabkan keramahan dan hospitaliti penduduk negeri Terengganu yang mesra dengannya.
- Boleh bercakap dan mula fasih berbahasa dialek atau loghat Terengganu selepas 3-4 tahun berada di Terengganu. Kefasihannya disebabkan oleh sifatnya yang mahu berkomunikasi dengan lebih baik dengan penduduk tempatan, kerana rata-rata penduduk tempatan tidak tahu berbahasa Inggeris.
- Dia kini menjadi kurang lancar berbahasa Inggeris apabila telah fasih berbahasa loghat Terengganu. Malah, semasa perkahwinan abangnya di England, semua ahli keluarga terkejut apabila pertuturannya diakhiri dengan perkataan – Lah.
- Mat Dan sudah ada program TV sendiri iaitu Haramain Backpackers – Trans Siberian. Program ini menceritakan pengalaman realiti bersama seorang lagi rakannya menjelajah ke 11 negara sejauh 29,ooo kilometer.
- Merupakan kawan dan sahabat kepada PU Amin.
- Phobia dengan buah Durian selama 2 tahun disebabkan tempoyak yang disangkakan aiskrim. Tetapi sekarang, antara masakan yang disukai ialah Ikan Patin Masak Tempoyak.
Biodata Mat Dan Kaki Jalan
Nama Asal : Daniel Tyler
Panggilan Mesra : Mat Dan
Nama Islam : Kareef Daniel Abdullah
Asal : Bristol, England
Tempat Menginap Sekarang : Marang, Terengganu
Keturunan : Inggeris
Agama : Islam
Nama Ibubapa : Kevin Tyler (Bapa), Nicol (Ibu)
Hobi : Mengembara (Dari usia 19 tahun)
Mula di Malaysia : Tahun 2009
Makanan Diminati: Boleh kata semua termasuk budu.
Penyanyi Malaysia Diminati : Yuna
Pendidikan : Kapasia Degree College, Dhaka, Bangladesh, Cheltenham Bournside School and Sixth Form Centre, Cheltenham, Gloucestershire
Facebook Mat Dan Kaki Jalan
Instagram Mat Dan Kaki Jalan.
Mat Dan memiliki dua akaun instagram iaitu @mat_dan1 dan @jtc.bymatdan. Namun begitu, instagram Mat Dan tidak lah aktif sangat. Ia hanya di kemaskini sekali sehari ataupun dua hari sekali. Jadi, anda boleh berangan untuk membuatkan Mat Dan update akaunnya 1 jam sekali. Haha.
Oh ya. Jangan lupa baca juga artikel Mat Dan Kahwin Pramugari ni ya. Mesti ramai yang kecewa. Especially awek-awek Terengganu.
Leave a Reply