Aku mengagumi Dr. Zakir Naik sejak lama dahulu dengan dakwah dan ilmunya tentang al-Quran, Taurat, Bible dan semua kitab-kitab agama lain. Tetapi, sejak dua tiga hari ini, pandangan aku terhadapnya agak sedikit terjejas. Di bawah ini adalah antara salah satu sebabnya.
Dr. Zakir Naik dan ramai lagi orang2 Islam lain menggunakan penemuan-penemuan sains untuk membenarkan al-Quran dan bukannya menggunakan al-Quran untuk membenarkan penemuan-penemuan sains.
Ini adalah sama sahaja dengan kita letakkan AL-QURAN dalam SAINS dan bukannya meletakkan SAINS dalam AL-QURAN. Satu perbuatan yang salah dan menghina al-Quran itu sendiri sebenarnya. Kerana al-Quran adalah sumber segala ilmu pengetahuan. Masakan kita mempercayai kafir untuk membuktikan tentang kebenaran al-Quran melalui sains sedangkan kita tahu bahawa kafir itu sangat membenci al-Quran dan agama-agama lain?
Adakah al-Quran kita terlalu tidak bernilai sehingga perlu sains untuk membuktikannya?
sebagai contoh, Allah dah ajar tentang kejadian awan dan hujan, tentang kejadian manusia. Maka, mana2 penemuan sains yang selaras dengan apa yang Allah ajar itu maka itulah yang sebenar-benarnya penemuan sains. bukan sebaliknya.
jika terlampau bergantung kepada penemuan sains, dapatkah sains menjelaskan bagaimana manusia yang pertama di cipta dari tanah? atau bagaimana ALLAH menciptakan malaikat? atau iblis? atau jin? atau ‘arsy ALLAH di atas langit yang di pikul oleh malaikat?
sudah pasti tidak, jawapannya hanya ada dalam al-Quran. bukankah al-Quran itu kalamullah?
jangan tersesat sesudah Allah berikan kamu hidayah kebenaran.
semoga kebaikan untuk seluruhnya.
P/s : mengetahui dan mengkaji kebenaran ini masa mula2 aku mengkaji lebih dalam telah menyebabkan aku bingung. Itulah juga yang dihadapi oleh kalian yang baca status2 aku ini.
P/s : Tetapi apabila kalian telah berjaya keluar dari lapisan perangkap Novus Ordo Seclorum, kalian akan rasakan kebebasan yang sebebas-bebasnya. InsyaALLAH.
Leave a Reply